Digital Special Collection Portal

Penglibatan Komuniti Dalam Pemeliharaan Dan Pemuliharaan : Kajian Di Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak, Semporna, Sabah.


Citation

Fadzirah Samman (2021) Penglibatan Komuniti Dalam Pemeliharaan Dan Pemuliharaan : Kajian Di Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak, Semporna, Sabah. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Pemeliharaan adalah perbuatan atau proses melakukan tindakan bagi mengekalkan bentuk sedia ada, integriti dan bahan sesebuah bangunan atau struktur, dan bentuk sedia ada serta tumbuhan pelindung sesuatu tapak manakala pemuliharaan sebagai proses memulihara sesuatu tempat supaya kepentingan kebudayaan dapat dikekalkan. Arkeologi merupakan satu disiplin yang mengkaji aktiviti dan kebudayaan masyarakat
prasejarah berdasarkan rekod-rekod tidak bertulis seperti tinggalan-tinggalan artifak, sisa makanan, tempat tinggal, kawasan perkuburan atau tinggalan fizikal yang dapat dikesan di sesuatu tapak. Antara tapak arkeologi yang terdapat di Sabah ialah Bukit Tengkorak. Bukit Tengkorak merupakan salah satu tapak arkeologi yang memberi kepentingan dari segi warisan dan pelancongan di Sabah. Hasil penelitian, terdapat
beberapa permasalahan yang dapat dikaji iaitu kepentingan menjaga tapak arkeologi ini kurang disedari masyarakat khususnya masyarakat setempat. Bukit Tengkorak juga tidak dapat dipelihara dan dipulihara dengan baik kerana masalah vandalisme oleh pelawat yang berkunjung ke Bukit Tengkorak. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti artifak-artifak di Bukit Tengkorak, Semporna, Sabah; menghurai kepentingan Bukit Tengkorak terhadap masyarakat di sekitar; dan menganalisis penglibatan komuniti setempat dalam pemeliharaan dan pemuliharaan Bukit Tengkorak. Kaedah kajian yang digunakan untuk mendapatkan data adalah kaedah
kualitatif iaitu dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual. Hasil daripada pemerhatian dan temubual yang telah dijalankan, penduduk setempat dapat memberikan penerangan mengenai artifak yang dijumpai di Bukit Tengkorak. Hal ini
menunjukkan bahawa mereka peka dan mengambil tahu sejarah dan warisan mereka. Selain itu, pemeliharaan dan pemuliharaan yang dijalankan di tapak ini turut melibatkan kerjasama daripada penduduk setempat. Kepentingan Bukit Tengkorak terhadap masyarakat sekitar adalah sebagai penjana ekonomi dan pendidikan luar bilik darjah.

Download File / URL

[thumbnail of FADZIRAH SAMMAN.pdf] Text
FADZIRAH SAMMAN.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 81
Supervisor: Dr. Daeng Haliza Daeng Jamal
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3910
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2