Tarian dabus merupakan sejenis tarian melayu traditional. Tarian ini berasal dari negeri Perak dan mengandungi unsur keagamaan yang berkait dengan kepahlawanan Sayidina Ali. Tarian ini dipercayai mula dimainkan di negeri Perak sejak 300 tahun yang lalu. Ada beberapa pendapat yang mempertikaikan kemasukkan senitari dabus ke bumi Perak. Satu pendapat mengatakan dabus dipercayai dibawa masuk terus ke Perak oleh Ahmad Mahyuddin yang berasal dari Parsi (Baghdad) sekitar tahun 1785. Beliau merupakan anak murid kepada tuan guru Muhammad Abil Hassan al-Rifai. Tarian ini mula berkembang di Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Lumut, dan juga di Sungai Nipah Baroh serta Sungai Balai Baroh, Teluk Intan, Perak. Pendapat kedua mengatakan permainan dabus telah di bawa ke Indonesia melalui Pasai di Aceh sebelum dikembangkan ke Pasir Panjang, Perak oleh Nakhoda Lembang yang berguru daripada saudagar Fakir Muhammad dari India, yang juga anak murid kepada tuan guru Muhammad Abil Hassan al-Rifai. Tujuan kajian ini adalah untuk menaikkan semula seni warisan peninggalan yang semakin dilupakan oleh masyarakat pada hari ini. Kajian ini menggunakan kaedah teknik pengumpulan data melalui kaji selidik, pemerhatian dan sumber rujukan serta soal selidik. Oleh itu, kajian yang dibuat ini merupakan salah satu pendekatan yang berkesan dengan adanya cara baru terhadap yang lebih baik. Mungkin sebelum ini kebanyakkan masyarakat kurang mengambil tahu tentang tarian dabus dan dengan adanya pembaharuan melalui mempromosikan dapat menarik minat masyarakat untuk lebih mengenali.
Kata kunci: tarian dabus, seni warisan