Digital Special Collection Portal

Penglibatan Organisasi Luar Dalam Pengurusan Muzium Di Kelantan : Kajian Di Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.


Citation

Ainur Syuhada Kamarulzaman (2021) Penglibatan Organisasi Luar Dalam Pengurusan Muzium Di Kelantan : Kajian Di Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini membincangkan mengenai penglibatan organisasi luar dalam pengurusan muzium di Kelantan yang dilakukan di Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Muzium merupakan sebuah institusi yang bersifat tetap, memelihara dan memulihara khazanah warisan serta kepelbagaian budaya negara yang menjadi daya tarikan bagi pelancong. Akan tetapi, bahagian pengurusan muzium dianggap kurang mendapat sambutan daripada
pengunjung terutama dalam kegiatan-kegiatan permuziuman yang dianjurkan oleh pihak muzium. Pengurusan muzium didapati kurang menjalankan acara-acara yang melibatkan masyarakat dan memerlukan sokongan serta penglibatan daripada organisasi luar untuk bersama-sama menguruskan sebuah institusi permuziuman. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti jenis-jenis organisasi luar yang terlibat dalam pengurusan muzium di Kelantan, menghurai sumbangan organisasi luar dalam pengurusan muzium dan menganalisis cabaran dalam pengurusan muzium di Kelantan oleh organisasi luar. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kajian kualitatif yang bersifat etnografi untuk memperoleh maklumat melalui temu bual responden dan kepustakaan. Hasil kajian
menjelaskan bahawa terdapat beberapa penglibatan oleh organisasi luar yang bekerjasama dengan pihak muzium untuk menguruskan program atau pameran yang dianjurkan di muzium negeri Kelantan. Selain itu, sumbangan oleh organisasi luar amat penting dalam melancarkan sesebuah program atau pengurusan muzium yang berkesan untuk jangka masa yang lama seperti sumbanagn idea, kepakaran dan bahan pameran atau koleksi. Akhir sekali, terdapat pelbagai cabaran dan masalah yang dihadapi oleh pihak muzium sepanjang menguruskan aktiviti, progran dan pameran bersama organisasi luar.

Download File / URL

[thumbnail of AINUR SYUHADA KAMRULZAMAN.pdf] Text
AINUR SYUHADA KAMRULZAMAN.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 85
Supervisor: Dr. Daeng Haliza Daeng Jamal
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3890
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2