Digital Special Collection Portal

Kajian Pengaruh Senibina Mogul Pada Masjid Zahir Di Kedah


Citation

Ahmad Radzi, Ahmad Nabil (2021) Kajian Pengaruh Senibina Mogul Pada Masjid Zahir Di Kedah. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Projek Penyelidikan ini merupakan satu kajian tentang “Kesan Pengaruh Seni Mogul Pada Seni Bina Masjid Zahir Terhadap Identiti Seni Melayu”. Masjid Zahir merupakan masjid yang signifikan bagi masyarakat Kedah. Masjid Zahir dibina pada tanggal 11 Mac 1912. Kedudukan masjid ini terletak di tengah-tengah bandaraya Alor Setar dan bersebelahan Sungai Kedah. Di Malaysia, terdapat banyak seni bina asing yang diterapkan di dalam bangunan- bangunan penting, sebagai contoh pengaruh seni bina Mogul pada Masjid Zahir. Terdapat beberapa permasalahan kajian yang diusulkan dalam kajian ini seperti pengaruh seni bina asing yang memengaruhi seni bina Masjid Zahir. Objektif kajian yang dapat dirungkaikan adalah seperti, mengenal pasti samaada pengaruh seni bina Mogul pada Masjid Zahir memberi kesan kepada identiti seni bina Melayu dan kesedaran masyarakat Kedah terhadap seni bina yang diterapkan di dalam Masjid Zahir. Kaedah analisa kajian lepas, pemerhatian, temubual, dan secara soal selidik digunakan bagi mendapatkan data maklumat sekaligus memudahkan proses penyelidikan ini daripada awal hingga akhir. Kajian ini bukan sahaja bagi merungkai seni bina yang digunakan pada Masjid Zahir bahkan meningkatkan kesedaran awam tentang identiti seni Melayu yang semakin dilupakan. Oleh itu, kajian ini penting supaya generasi akan datang dapat memahami konsep dan seni bina yang terdapat dalam masjid di Malaysia.

Download File / URL

[thumbnail of C18A0479 AHMAD NABIL BIN AHMAD RADZI.pdf] Text
C18A0479 AHMAD NABIL BIN AHMAD RADZI.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 70
Supervisor: Ts. Dr. Mukhtaruddin Bin Musa
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3888
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2