Digital Special Collection Portal

Kajian Perbandingan Kesenian Susunatur Pada Rumah Tradisional Melayu Di Negeri Kelantan Dan Negeri Sembilan


Citation

Ahmad Fadzil, Ahmad Dinie Idham (2021) Kajian Perbandingan Kesenian Susunatur Pada Rumah Tradisional Melayu Di Negeri Kelantan Dan Negeri Sembilan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Penyelidikan ini mempunyai tajuk yang tersendiri iaitu kajian perbandingan kesenian susunatur ruang rumah tradisional Melayu di negeri Kelantan dan negeri Sembilan. Rumah tradisional Melayu mempunyai kesenian yang tersendiri iaitu kesenian susunatur ruang, kesenian kaedah pembinaan dan kesenian adaptasi kompenan binaan terhadap iklim setempat. Permasalahan kajian yang wujud dalam kajian yang dijalankan adalah seperti susunatur ruang yang berbeza, kekurangan rujukan terkini dan susunatur ruang rumah beteraskan permodenan. Selain itu, terpdat juga objektif kajian yang digunakan bagi menyelesaikan permasalahan kajian seperti mengenalpasti seni susunatur dalam rumah tradisional, mengkaji perbandingan susunatur ruang yang terdapat pada rumah tradisional dan menghuraikan keunikan susunatur setiap rumah tradisional di Negeri Kelantan dan Negeri Sembilan. Penggunan kaedah kualitatif bagi mendapatkan maklumat dengan lebih tepat. Kaedah kualitatif yang dilakukan ialah kajian lapangan, temubual dan pemerhatian. Temubual dilakukan bersama responden yang mengetahui mengenai susunatur ruang rumah tradisional Melayu di negeri Kelantan dan negeri Sembilan. Kajian ini bukan sahaja untuk membandingan kedua-dua kesenian susunatur atur malah memberi kesedaran kepada masyarkat agar menghargai kesenian yang ada pada rumah tradisional Melayu

Download File / URL

[thumbnail of C18A0012 AHMAD DINIE IDHAM BIN AHMAD FADZIL.pdf] Text
C18A0012 AHMAD DINIE IDHAM BIN AHMAD FADZIL.pdf - Published Version

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2021
Number of Pages: 43
Supervisor: Dr. Shahariah Binti Shaharudin
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3887
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2