Digital Special Collection Portal

Bandar Lama Diraja Jugra, Selangor, Sebagai Pusat Pelancongan: Perspektif Pihak Berkepntingan


Citation

Zainudin, Noraliza (2022) Bandar Lama Diraja Jugra, Selangor, Sebagai Pusat Pelancongan: Perspektif Pihak Berkepntingan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai Bandar Lama Diraja Jugra di negeri
Selangor. Bandar Lama Jugra, Selangor mempunyai potensi dari aspek pelancongan
berasaskan warisan sejarah, arkeologi, ekologi dan alam semulajadi. Namun begitu,
pengurusan pihak berkepentingan dalam memelihara dan memulihara elemen-elemen
warisan di kawasan kajian masih dalam tahap tidak memuaskan. Hal ini kerana terdapat
kerosakkan yang berlaku pada bangunan-bangunan sejarah di Bandar Lama Jugra, namun
masih lagi tiada tanda-tanda aktiviti pemuliharaan sehingga kurang menjadi tarikkan
kepada pengunjung. Penyelidikan ini juga memberi fokus kepada setiap objektif yang
telah dikemukan yang merangkumi elemen-elemen warisan yang ada dikawasan kajian,
pihak yang bertanggungjawab dalam aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan dan
persepsi komuniti setempat sebagai pihak berkepentingan mengenai potensi kawasan
kajian sebagai kawasan pelancongan. Penyelidikan ini juga berpandukkan kepada
penggunaan teori semiotik dengan menggunakan kaedah campuran. Kaedah ini
dilaksanakan dengan menemu bual beberapa informan yang menggunakan pensampelan
bertujuan terdiri daripada pegawai Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dan komuniti.
Selain itu juga, borang soal selidik turut diberikan kepada 263 orang responden melalui
google form dengan pensampelan rawak mudah. Secara keseluruhannya, dapatan kajian
mendapati bahawa potensi Bandar lama Jugra sebagai pusat pelancongan mempunyai
kesan yang baik jika pihak berkepentingan memberi Kerjasama. Hasil daripada kajian
juga mendapati beberapa cadangan yang sesuai dengan permasalahan kajian yang
melibatkan inisiatif yang perlu diambil oleh pihak Majlis Daerah Kuala Langat dalam
melibatkan komuniti setempat. Kesimpulannya, terdapat banyak potensi elemen warisan
di Bandar Lama Diraja Jugra. Walaubagaimanapun usaha keras perlu oleh pihak
bertanggungjawab dalam memastikan aspirasi komunikasi dua hala secara telus bersama
komuniti setempat.
Kata Kunci: Elemen warisan; Pelancongan; Pihak Berkepentingan

Download File / URL

[thumbnail of NORALIZA BINTI ZAINUDIN C18B0498.pdf] Text
NORALIZA BINTI ZAINUDIN C18B0498.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3786
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2