Digital Special Collection Portal

Potensi Pelancongan Warisan Di Makam Keramat Anak Dara Kuala Selangor


Citation

Wan Nabimun, Wan Nadia Fatihah (2022) Potensi Pelancongan Warisan Di Makam Keramat Anak Dara Kuala Selangor. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejarah lagenda Makam Keramat Anak Dara dan menghurai potensi pelancongan warisan di persekitaran tapak makam. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan untuk menganalisis penglibatan komuniti setempat dalam pelestarian tapak Makam Keramat Anak Dara di Bukit Malawati Kuala Selangor. Kaedah kajian yang dijalankan adalah kaedah campuran. Kaedah ini telah menggabungkan instrumen kualitatif dan kuantitatif untuk menganalisis data Potensi Pelancongan Warisan di Tapak Makam Keramat Anak Dara Kuala Selangor. Tujuan kaedah campuran ini digunakan adalah untuk memberi perspektif alternatif dalam kajian. Oleh itu, seramai enam orang pihak berkepentingan telah dikenalpasti dalam kajian ini yang terdiri daripada Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT), Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Pusat Informasi Pelancongan Negeri Selangor, Penduduk Kampung 1 dan Penduduk Kampung 2. Manakala, bagi edaran borang soal selidik, seramai 214 orang penduduk di sekitar Kuala Selangor telah menjawab soalan borang soal selidik. Responden dari Kuala Selangor ini telah ditinjau dengan mengaplikasikan Teori Fungsionalisme oleh Talcott Parson (1975). Hasil kaian ini menemukan bahawa pengurusan monumen bersejarah di Kuala Selangor telah dilakukan pihak berwajib. Hal ini dilihat apabila pelbagai inisiatif dan idea-idea baru untuk memastikan khazanah warisan di Kuala Selangor sentiasa dipulihara dan dipelihara untuk kunjungan pelancong di masa akan datang.
Kata Kunci: Potensi, Pelancongan Warisan, Makam Keramat, Kuala Selangor

Download File / URL

[thumbnail of WAN NADIA FATIHAH BT WAN NABIMUN C18A0454.pdf] Text
WAN NADIA FATIHAH BT WAN NABIMUN C18A0454.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 130
Supervisor: Dr. Daeng Haliza Binti Daeng Jamal
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3783
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2