Digital Special Collection Portal

Keunikan Seni Bina Rumah Warisan Haji Su Di Kampung Losong Haji Su, Kuala Terengganu.


Citation

Wan Musa, Wan Nur Aeizatul Akmal (2022) Keunikan Seni Bina Rumah Warisan Haji Su Di Kampung Losong Haji Su, Kuala Terengganu. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Projek Penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai ‘Keunikan Seni Bina Rumah Warisan Haji Su di Kampung Losong Haji Su Kuala Terengganu’. Pengkaji memilih Rumah Warisan Haji Su ini kerana ia mempunyai keunikan seni binanya yang tersendiri. Seni bina rumah tradisional Melayu adalah salah satu warisan pertukangan yang mencerminkan identiti masyarakat Melayu. Pengkaji telah memilih untuk menjalankan kajian berkaitan seni bina rumah warisan ini kerana pada masa kini rumah Melayu tradisional kurang dibina. Justeru, masalah kos pembinaan yang semakin tinggi untuk membina rumah warisan pada masa kini. Kajian ini dilakukan untuk mencapai objektif yang ditetapkan iaitu untuk mengetahui sejarah Rumah Warisan Haji Su yang dapat memberi impak kepada komuniti setempat. Objektif pengkaji seterusnya adalah menghuraikan ciri-ciri seni bina yang terdapat di Rumah Warisan Haji Su yang dapat menarik minat pelancong serta menilai potensi Rumah Warisan Haji Su terhadap sektor pelancongan di negeri Terengganu. Kaedah temu ramah dan analisis dokumen digunakan dalam menjalankan kajian penyelidikan ini. Kajian penyelidikan ini dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat bahawa rumah warisan tradisional yang berada berdekatan dengan mereka perlu dipulihara dengan baik.
Kata kunci: haji su, keunikan, pelancongan, rumah, seni bina, warisan.

Download File / URL

[thumbnail of C18A0456_WAN NUR AEIZATUL AKMAL BINTI WAN MUSA.pdf] Text
C18A0456_WAN NUR AEIZATUL AKMAL BINTI WAN MUSA.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 80
Supervisor: Puan Farrah Atikah Binti Saari
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3782
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2