Digital Special Collection Portal

The Staging Performance Of Ulek Mayang By JKKN Terengganu's Choreography


Citation

Siti Hanisa Binti Rusli (2022) The Staging Performance Of Ulek Mayang By JKKN Terengganu's Choreography. Final Year Project thesis, UNSPECIFIED. (Submitted)

Abstract

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai khazanah warisan. Hal ini, merangkumi warisan budaya seperti seni persembahan yang semakin hari menjadi kebimbangan kerana hampir hilang ditelan zaman. Seni warisan seperti seni tari merupakan suatu budaya yang unik kerana wujud mengikut persekitaran yang berbeza. Berdasarkan kajian ini, ia adalah untuk membincangkan tentang salah satu tarian ritual masyarakat Melayu di Terengganu iaitu Tarian Ulek Mayang. Kajian ini menfokuskan tentang gerak tari Tarian Ulek Mayang. Selain itu, kajian ini juga menfokuskan tentang elemen-elemen persembahan yang terdapat di dalam Tarian Ulek Mayang. Kaedah temu bual telah dijalankan dengan menemubual seorang informen di mana hasil daripada temu bual tersebut ia bukan sahaja dapat menambah pengetahuan mengenai pergerakan Tarian Ulek Mayang Selain itu, pengkaji memperolehi pengetahuan mengenai elemen-elemen dalam pementasan Tarian Ulek Mayang yang melibatkan kostum, set dan prop sert bunyi dan lagu. Elemen pakaian adalah termasuk pakaian tujuh puteri, bomoh dan nelayan. Mereka memakai kostum untuk menggambarkan watak mereka dalam persembahan. Elemen seterusnya set pentas dan prop dalam persembahan seperti mayang pinang dan kemenyan yang digunakan oleh bomoh. Set juga mempunyai perubahan mengikut tempoh masa. Daripada tirai hitam kepada reka bentuk yang indah seperti ukiran kayu pintu pagar. Akhir sekali, unsur bunyi dan muzik yang menggunakan alat muzik dan kesan bunyi. Selain itu, pengkaji telah mengetahui jalan cerita dalam persembahan bermula nelayan pergi ke laut, bagaimana mereka bertahan semasa cuaca buruk, diteruskan dengan nelayan yang tidak sedarkan diri dan bagaimana upacara bermula, berserta kemunculan tujuh puteri dan berakhirnya upacara itu.

Download File / URL

[thumbnail of SITI HANISA BINTI RUSLI.pdf] Text
SITI HANISA BINTI RUSLI.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 63
Supervisor: Dr. Kanit Sripaoraya
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3775
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2