Digital Special Collection Portal

Ritual Dalam Adat Sedanggu Bagi Meraikan Fasa Peralihan Hidup Anak Perempuan Dalam Masyarakat Chitti Di Perkampungan Chitti, Melaka


Citation

Siti Hajar Binti Mohd Shukri (2022) Ritual Dalam Adat Sedanggu Bagi Meraikan Fasa Peralihan Hidup Anak Perempuan Dalam Masyarakat Chitti Di Perkampungan Chitti, Melaka. Final Year Project thesis, UNSPECIFIED. (Submitted)

Abstract

Penyelidikan ini merupakan satu kajian berkaitan ‘Rite of Passage’ yang merupakan fasa peralihan yang membawa perubahan yang besar dalam hidup seseorang individu. Di dalam kajian ini, ‘Rite of Passage’ diamalkan oleh komuniti Chitti dalam ritual adat Sadanggu iaitu suatu adat yang meraikan fasa penting bagi anak perempuan komuniti ini. Kajian ini dijalankan kerana didapati masyarakat tidak mengetahui tentang kewujudan komuniti Chitti dan pengamalan adat ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengetahuan orang awam mengenai kewujudan masyarakat Chitti di Melaka, mengkaji bagaimana proses adat Sadanggu ini dijalankan dan menjelaskan keunikan yang terdapat dalam pengamalan adat Sadanggu oleh komuniti Chitti di Melaka. Pengkaji telah menggunakan pendekatan kajian kes iaitu fokus kepada ciri-ciri yang ingin dikaji sahaja. Justeru, kajian ini menggunakan kaedah kajian campuran iaitu kuantitatif untuk tinjauan berkaitan pengetahuan masyarakat dan kaedah kualitatif iaitu temubual. Teknik pengumpulan data pula diperolehi daripada data primer iaitu hasil temubual dan tinjauan dan data sekunder iaitu jurnal, buku, video dan sumber internet. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa masyarakat Melaka sedar dan tahu akan kewujudan komuniti Chitti tetapi mereka tidak mengetahui tentang aspek percampuran budaya ‘Rite of Passage’ dalam ritual adat Sadanggu yang merupakan adat bagi komuniti Chitti. Selain itu, terdapat juga persamaan dalam pengamalan adat Sadanggu dengan pengamalan adat berkhatan bagi masyarakat Melayu. Hasil daripada proses asimilasi budaya Melayu dan India, maka lahirlah ritual adat Sadanggu yang dilihat mempunyai proses tertentu yang perlu diikuti. Ianya juga turut memperlihatkan beberapa nila-nilai keunikan dalam ritual adat Sadanggu yang diamalkan oleh komuniti Chitti Melaka. Beberapa cadangan turut dikemukan bagi memastikan pelestarian warisan tidak ketara yang diamalkan oleh komuniti Chitti ini diberi perhatian oleh komuniti Chitti sendiri dan kerajaan negeri. Pelestarian ini dilihat sangat penting agar kelangsungan budaya dan adat yang diamalkan dapat diwariskan kepada generasi yang akan datang.

Download File / URL

[thumbnail of SITI HAJAR BINTI MOHD SHUKRI.pdf] Text
SITI HAJAR BINTI MOHD SHUKRI.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 78
Supervisor: Dr Suraya Binti Sukri
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3773
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2