Digital Special Collection Portal

Kesan Pemeliharaan Bangunan Rumah Kedai Di Jalan Sultan, Kuala Lumpur Dalam Menyumbang Kepada Ekonomi Masyarakat Setempat


Citation

Siti Hajar Binti Mohamat Tahir (2022) Kesan Pemeliharaan Bangunan Rumah Kedai Di Jalan Sultan, Kuala Lumpur Dalam Menyumbang Kepada Ekonomi Masyarakat Setempat. Final Year Project thesis, UNSPECIFIED. (Submitted)

Abstract

Projek Penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Kesan Pemeliharaan Bangunan Rumah Kedai Di Jalan Sultan, Kuala Lumpur Yang Menyumbang Kepada Ekonomi Masyarakat Setempat”. Jalan Sultan yang terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur ini telah diberikan nama oleh Sultan Abdul Samad pada tahun 1804-1898. Jalan ini muncul pada peta pada tahun 1899, dan diberi nama seperti di bukit di belakang jalan ini yang ditetapkan sebagai tempat untuk istana Sultan Kuala Lumpur. Bangunan rumah kedai yang terdapat pada kawasan bandar Kuala Lumpur ini haruslah dipelihara dan dikekalkan. Hal ini dikatakan demikian kerana, bangunan rumah kedai tersebut telah diancam kemusnahan di atas faktor pembangunan atau pembinaan MRT, jalan raya dan sebagainya yang dilakukan berdekatan dengan kawasan bangunan rumah kedai tersebut. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti sejarah dan perkembangan bangunan rumah kedai di jalan Sultan, Kuala Lumpur. Selain itu, pengkaji juga ingin mengetahui kesan pemeliharaan bangunan rumah kedai di jalan Sultan, Kuala Lumpur dan mengenalpasti cadangan yang perlu dilakukan oleh pihak bertanggungjawab dalam memelihara bangunan rumah kedai di jalan Sultan, Kuala Lumpur. Kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen merupakan kaedah yang digunakan oleh pengkaji bagi mendapatkan data sekaligus dapat menyempurnakan kajian projek penyelidikan ini dari fasa awal sehingga akhir. Terdapat 11 orang responden yang terdiri daripada orang awam, Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Penolong Konservator bahagian Konservasi Warisan Jabatan Warisan Negara yang telah ditemubual oleh pengkaji dalam mendapatkan data dan maklumat bagi menghasilkan kajian Projek Penyelidikan ini. Hasil kajian mendapati bahawa pemeliharaan bangunan rumah kedai di Jalan Sultan, Kuala Lumpur dapat menyumbang kepada ekenomi masyarakat setempat di Jalan Sultan, Kuala Lumpur.

Download File / URL

[thumbnail of SITI HAJAR BINTI MOHAMAT TAHIR.pdf] Text
SITI HAJAR BINTI MOHAMAT TAHIR.pdf

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 135
Supervisor: Farrah Atikah Binti Saari
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3772
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2