Digital Special Collection Portal

Unsur Budaya Dalam Teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Satu Pengaplikasian Teori Pengkaedahan Melayu


Citation

Shamsuddin, Maizatul Akma (2022) Unsur Budaya Dalam Teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Satu Pengaplikasian Teori Pengkaedahan Melayu. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Cerita rakyat adalah sebahagian daripada naratif lisan yang diturunkan dari generasi ke generasi melalui tradisi lisan. Cerita rakyat sememangnya memaparkan banyak nilai murni yang memberikan teladan kepada masyarakat. Namun unsur budaya juga perlu diberi perhatian kerana ia turut menyumbang kepada perkembangan jati diri individu. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji dan menganalisis unsur budaya dalam teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Kajian ini membataskan kepada 20 buah cerita rakyat yang dipilih daripada cerita
tokoh dan cerita binatang menerusi teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Sepanjang proses pengkajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif menerusi kaedah kepustakaan dan rujukan teks. Selain itu, Teori Pengkaedahan Melayu melalui pendekatan moral, pendekatan dakwah dan pendekatan kemasyarakatan dijadikan sebagai deduktif kajian untuk
memantapkan analisis kajian. Dapatan kajian membuktikan bahawa cerita rakyat yang terkandung dalam teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan mempunyai pelbagai unsur budaya yang dapat memberi pengajaran dan membentuk keperibadian masyarakat sehingga menghasilkan jati diri yang cemerlang.

Download File / URL

[thumbnail of MAIZATUL AKMA BINTI SHAMSUDDIN (C18A0569).pdf] Text
MAIZATUL AKMA BINTI SHAMSUDDIN (C18A0569).pdf - Published Version

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 128
Supervisor: Dr Mohd Firdaus Che Yaacob
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3768
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2