Digital Special Collection Portal

Transkrip Puisi Melayu Dalam Cerita Rakyat Melayu Berdasarkan Teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Satu Analisis Nilai-nilai Murni


Citation

Putri Nur-Anis Balqis Binti Yazik (2022) Transkrip Puisi Melayu Dalam Cerita Rakyat Melayu Berdasarkan Teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Satu Analisis Nilai-nilai Murni. Final Year Project thesis, UNSPECIFIED. (Submitted)

Abstract

Puisi terkandung dalam genre sastera yang membantu membentuk akhlak dan pembangunan sahsiah dan tamadun manusia. Kajian ini direka untuk mengisi kekosongan dalam kajian lepas yang belum dijalankan mengenai nilai-nilai murni dalam
transkripsi puisi Melayu dalam cerita rakyat Melayu. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis nilai-nilai murni yang terkandung dalam puisi Melayu melalui transkripsi daripada cerita rakyat Melayu berdasarkan teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Oleh itu, menerusi kajian ini pengkaji membataskan teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan
Datu, Kelantan yang ditulis oleh Mohd Firdaus Che Yaacob. Teks ini dipilih kerana mengandungi pelbagai nilai murni yang terkandung dalam cerita rakyat terpilih untuk mengawal tingkah laku dan pertuturan masyarakat. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan merujuk kepustakaan dan rujukan teks serta dokumen. Seterusnya, pengkaji mengaplikasikan Teori Pengkaedahan Melayu bagi mengukuhkan lagi kajian ini. Hasil daripada kajian ini, pengkaji telah membuktikan bahawa transkripsi puisi Melayu dalam cerita rakyat Melayu memberi impak yang besar kepada pembentukan
budaya masyarakat Melayu yang boleh mengubah tingkah laku dan pertuturan serta membentuk serta menjana modal insan yang berjiwa murni.

Download File / URL

[thumbnail of PUTRI NUR-ANIS BALQIS BINTI YAZIK .pdf] Text
PUTRI NUR-ANIS BALQIS BINTI YAZIK .pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 166
Supervisor: Dr. Mohd Firdaus Che Yaacob
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3761
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2