Digital Special Collection Portal

Kosmologi Flora Dalam Pantun Iban : Satu Kajian Etnobotani Di Sarawak Menggunakan Teori Ekologi


Citation

Paing, Mike Tyson (2022) Kosmologi Flora Dalam Pantun Iban : Satu Kajian Etnobotani Di Sarawak Menggunakan Teori Ekologi. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengenalpasti kompenen
kosmologi flora dalam pantun Iban di Sarawak. Di mana, penyelidik akan
menghuraikan tiga kompenen kosmologi flora iaitu pokok, bunga dan buah yang
terdapat dalam buku Pantun Iban karya Dr. Robert Menua Salleh. Selain daripada itu,
penyelidik turut mengkaji perkaitan etnobotani dalam kehidupan masyarakat Iban
dengan ekologi manusia. Dalam konteks ini, penyelidik akan menerangkan kajian
budaya di antara masyarakat Iban dan kompenen kosmologi flora dengan menerapkan
teori ekologi (prinsip ekologi manusia). Dalam prinsip tersebut terbahagi kepada tiga
lagi pecahan iaitu aspek saling kebergantungan, aspek teknologi dan aspek kefungsian.
Manakala bagi kaedah kajian pula, penyelidik telah menggunakan kaedah kuantitatif
iaitu membuat tinjauan terhadap masyarakat Iban secara rawak seramai 30 orang
responden bagi mengisi borang soal selidik yang telah disediakan. Kaedah yang kedua
adalah secara kualitatif iaitu penyelidik telah mengumpul maklumat melalui analisis
dokumen dan laman web. Akhir sekali, penerapan teori ekologi turut dilaksanakan bagi
menyokong lagi kajian yang dijalankan. Sebagai kesimpulannya, dengan adanya kajian
ini diharapkan mampu memartabatkan lagi puisi rakyat Iban dalam kalangan para
sarjana di luar sana serta kepada khalayak ramai sekaligus kajian ini mampu
memaparkan kebijaksanaan masyarakat Iban dalam menghasilkan karya sastera
terutamanya pantun.

Download File / URL

[thumbnail of MIKE TYSON ANAK PAING C18A0098.pdf] Text
MIKE TYSON ANAK PAING C18A0098.pdf - Published Version

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 93
Supervisor: Dr. Nordiana Binti Ab Jabar
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3759
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2