Digital Special Collection Portal

Nilai - Nilai Kemanusiaan Dalam Novel Srengenge Karya Shahnon Ahmad: Aplikasi Teori Pengkaedahan Melayu


Citation

Othman, Mastura (2022) Nilai - Nilai Kemanusiaan Dalam Novel Srengenge Karya Shahnon Ahmad: Aplikasi Teori Pengkaedahan Melayu. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini dilakukan kerana pengkaji mendapati novel Srengenge sememangnya kaya dengan nilai kemanusiaan yang dapat memberikan sumber teladan dan ilmu pengetahuan yang berguna kepada khalayak pembaca. Seterusnya, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti, dan menganalisis nilai - nilai kemanusian dalam novel Srengenge dengan mengaplikasikan Teori engkaedahan Melayu. Tambahan pula, kajian ini membataskan hanya sebuah novel sahaja iaitu novel Srengenge karya Shahnon Ahmad. Semamangnya novel ini kurang mendapat perhatian terutamanya dalam kalangan pembaca remaja kerana kebanyakkan daripada mereka lebih meminati terhadap novel yang berunsurkan kisah cinta berbanding novel fiksyen. Oleh itu, dengan adanya kajian ini ianya mampu membantu membuka minda golongan remaja untuk membacanya. Selain itu, pengkaji turut menggunakan kaedah kajian kualitatif yang dipilih sbeagai kerangka panduan untuk menyempurnakan lagi kajian ini. Dalam kajian ini, penerapan Teori Pengkaedahan Melayu yang diilhamkan oleh Hashim Awang pada tahun 1989 dipilih untuk dijadikan sebagai gagasan bagi mengukuhkan lagi analisis kajian ini. Dapatan menunjukkan bahawa dalam novel Srengenge karya Shahnon Ahmad ini jelas membuktikan bahawa novel tersebut mengandungi nilai-nilai kemanusiaan yang dapat memberi penghayatan dan kefahaman kepada khalayak pembaca mengenai nilai-nilai kemanusiaan yan diketegahkan oleh penulis dalam novel Srengenge, seterusnya mampu memberikan contoh teladan yang baik untuk membentuk masyarakat memiliki moral yang dalam kehidupan seharian.

Download File / URL

[thumbnail of MASTURA BINTI OTHMAN C18A0096.pdf] Text
MASTURA BINTI OTHMAN C18A0096.pdf - Published Version

Download (25MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 73
Supervisor: Dr. Nasirin Bin Abdillah
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3757
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2