Digital Special Collection Portal

Implikasi Kepada Masyarakat Berdasarkan Kerja Pemuliharaan Di Masjid Kampung Tuan Dalam Aspek Pelancongan Di KEmaman, Terengganu


Citation

Nurul Thasa Nurain Binti Izra (2022) Implikasi Kepada Masyarakat Berdasarkan Kerja Pemuliharaan Di Masjid Kampung Tuan Dalam Aspek Pelancongan Di KEmaman, Terengganu. Final Year Project thesis, UNSPECIFIED. (Submitted)

Abstract

Projek Penyelidikan yang dijalankan ini adalah berkenaan “Impllikasi Kepada Masyarakat Terhadap Kerja Pemuliharaan Di Masjid Kampung Tuan Dalam Aspek Pelancongan Di Kemaman, Terengganu.” Masjid Kampung Tuan merupakan
sebuah masjid yang tertua yang mana ianya telah dibina oleh Syed Abdul Rahman Bin Abdul Samad pada tahun 1830 dan masjid ini mempunyai pelbagai keistimewaan dari segi seni bina dan fungsinya. Kerja-kerja pemuliharaan yang telah dijalankan di
masjid ini pada tahun 2006 telah menarik minat pengkaji untuk menjadikan masjid ini sebagai projek penyelidikan yang mana pengkaji ingin mengkaji kesan kerja pemuliharaan pada masjid ini terhadap masyarakat sekitar. Objektif kajian bagi kajian ini ialah untuk mengetahui keistimewaan Masjid Kampung Tuan secara jelas terhadap masyarakat setempat. Selain itu, pengkaji juga ingin mengenalpasti tahap
perkembangan pelancongan terhadap kerja konservasi di masjid ini serta menjelaskan impak kerja konservasi di Masjid Kampung Tuan kepada ekonomi masyarakat.
Beberapa kaedah seperti temubual, borang soal selidik, dan analisis data telah digunakan bagi memudahkan kajian untuk dilaksanakan dan memastikan segala persoalan dan objektif kajian dapat dijawab. Kajian ini akan dapat memberi kesedaran kepada semua pihak bahawa khazanah warisan dapat memberi impak yang baik kepada semua pihak.

Download File / URL

[thumbnail of NURUL THASA NURAIN BT IZRA.pdf] Text
NURUL THASA NURAIN BT IZRA.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 86
Supervisor: Farrah Atikah Binti Saari
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3756
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2