Digital Special Collection Portal

Suaiguna Semula Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad Dan Sumbangnya Terhadap Pelancongan Warisan Di Alor Setar, Kedah


Citation

Nurul Syazana Binti Yusoff (2022) Suaiguna Semula Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad Dan Sumbangnya Terhadap Pelancongan Warisan Di Alor Setar, Kedah. Final Year Project thesis, UNSPECIFIED. (Submitted)

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk memulihara salah satu bangunan bersejarah iaitu Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad daripada pupus, dilupakan dan mengalami kerosakkan yang boleh memberi kesan negatif kepada nilai warisan dan seni bina bangunan tersebut. Pada masa yang sama, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka latar belakang sejarah pembinaan galeri Mahathir Mohamad, menghurai perubahan fungsi rumah kelahiran Mahathir Mohamad kepada galeri dan sumbangan terhadap pelancongan warisan di Alor Setar, Kedah. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif iaitu kajian kepustakaan dan temu bual manakala kaedah kuantitatif iaitu soal selidik yang menggunakan Teori Persepsi Gibson (1989) dalam kajian Suaiguna Semula Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad dan sumbangannya terhadap pelancongan warisan. Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh, suaiguna yang berlaku ke atas galeri ini telah memberikan beberapa sumbangan dari segi pengetahuan reka bentuk dan seni ina galeri, usaha-usaha pemeliharaan yang perlu dilakukan serta perubahan fungsi yang berlaku ke atas galeri ini bagi mengekalkan kepentingan dan keunikkanya sebagai salah satu tarikan pelancongan warisan di Kedah.

Download File / URL

[thumbnail of NURUL SYAZANA BINTI YUSOFF .pdf] Text
NURUL SYAZANA BINTI YUSOFF .pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 148
Supervisor: Dr Daeng Haliza Daeng
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3755
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2