Digital Special Collection Portal

Tarian Tradisional Negeri Pahang: Zapin Raub


Citation

Nurul Hanani Binti Al-Amir Mahmud Khalil (2022) Tarian Tradisional Negeri Pahang: Zapin Raub. Final Year Project thesis, UNSPECIFIED. (Submitted)

Abstract

Tarian tradisional merupakan sejenis seni gerak yang terdapat gerakan tubuh badan dan mempunyai unsur-unsur kelembutan dan keindahan. Di Negeri Pahang terdapat seni
persembahan tradisional yang dikenali sebagai Tarian Zapin Raub. Tarian Zapin Raub ini memaparkan cara hidup dan adat resam masyarakat Pahang pada zaman dahulu dan telah
diadaptasi menjadi sebuah bentuk tarian. Permasalahan wujud apabila masyarakat kini kurang mengenali tarian ini. Hal ini menyebabkan warisan budaya ini hampir mengalami
kepupusan oleh kerana kekurangan pelapis atau perintis. Selain itu, ketiadaan perekodan secara bertulis berkaitan Zapin Raub ini menyukarkan generasi masa kini untuk
mengetahui dengan lebih mendalam tentang kesenian kebudayaan ini. Terdapat tiga objektif untuk kajian ini iaitu, mengenalpasti sejarah dan asal usul tarian Zapin Raub,
menganalisis perbezaan di antara Zapin Johor dan Zapin Raub dan mengkaji keistimewaan gerak seni tari di dalam tarian Zapin Raub. Kaedah penyelidikan yang digunakan untuk kajian ini adalah secara premier dan sekunder. Pengkaji berharap tarian Zapin Raub ini boleh diperkembangkan dan diteruskan oleh generasi yang akan datang bagi mengelakkan tarian ini pupus di telan zaman.

Download File / URL

[thumbnail of NURUL HANANI BINTI AL-AMIR MAHMUD KHALIL.pdf] Text
NURUL HANANI BINTI AL-AMIR MAHMUD KHALIL.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 62
Supervisor: Raja Iskandar Bin Raja Halid
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3752
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2