Digital Special Collection Portal

Simbol Dan Fungsi Patung Ukiran Kayu Orang Asli Jah Hut Di Kg. Kuala Terbol, Kuala Krau Temerloh, Pahang


Citation

Nurul Hafawati Binti Azmi (2022) Simbol Dan Fungsi Patung Ukiran Kayu Orang Asli Jah Hut Di Kg. Kuala Terbol, Kuala Krau Temerloh, Pahang. Final Year Project thesis, UNSPECIFIED. (Submitted)

Abstract

Penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai simbol dan fungsi patung ukiran kayu Jah Hut di Kg. Kuala Terbol, Temerloh Pahang. Permasalahan kajian ini di mana kurangnya pendokumentasian mengenai sejarah patung ukiran kayu sehinggakan tidak ramai masyarakat luar yang mengetahui tentang budaya dan kraftangan yang dihasilkan oleh mereka. Selain itu, berlakunya arus pemodenan dalam masyarakat orang asli kerana terlalu banyak hiburan yang lain lebih menarik minat mereka sehinggakan tiada kesinambungan warisan ukiran patung ini kerana yang tinggal hanyalah golongan yang dah berusia. Penyelidikan ini juga memberi fokus kepada setiap objektif yang telah dikemukan merangkumi sejarah patung ukiran kayu, simbolik patung ukiran kayu dan juga kegunaan patung ukiran kayu ini kepada suku kaum Jah Hut. Penyelidikan ini juga berpandukan kepada teori seni langer atau teori seni yang merungkai maksud nilai simbolik patung. Kaedah ini juga menggunakan pendekatan etnografi di mana pengkaji melakukan kaedah temubual dan pemerhatian bagi mengumpulkan maklumat serta untuk menginterpretasi bentuk perkongsian mengenai sejarah budaya sesebuah kaum Kesimpulannya, penyelidikan ini diharapkan dapat menjadi penanda aras untuk kesinambungan warisan patung ukiran kayu suku kaum Jah Hut.

Download File / URL

[thumbnail of NURUL HAFAWATI BINTI AZMI C18A0354.pdf] Text
NURUL HAFAWATI BINTI AZMI C18A0354.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 113
Supervisor: Dr Suraya Binti Sukri
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3751
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2