Digital Special Collection Portal

Isu-Isu Masyarakat Dalam Novel Tuan Direktur Karya Hamka: Aplikasi Teori Konflik


Citation

Nurul Fazira Binti Mat Yuti (2022) Isu-Isu Masyarakat Dalam Novel Tuan Direktur Karya Hamka: Aplikasi Teori Konflik. Final Year Project thesis, UNSPECIFIED. (Submitted)

Abstract

Novel sasterawan sentiasa mendapat tempat dalam kalangan penyelidikan. Hal ini demikian kerana, novel sasterawan mampu dilihat sebagai kritik dan cerminan masyarakat. Oleh itu, kajian ini akan menganalisis kepada satu buah novel yang terpilih iaitu dari karya Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih sering dikenali sebagai Hamka. Novel tersebut ialah Tuan Direktur yang mana ia dilihat bersesuai digunakan dalam merungkai isu-isu masyarakat. Analisis ini akan dimantapkan lagi dengan menggunakan teori konflik yang dikemukakan oleh empat tokoh seperti Karl Marx, Ralf Dahrendorf, Lewis A. Coser dan George Simmel. Permilihan novel Tuan Direktur kerana novel dari Hamka ini merupakan novel yang tertumpu kepada masalah yang berlaku dalam masyarakat dan novel beliau juga berdasarkan kepada salah satu media awal sebagai usaha untuk memberi kesedaran nasional kepada pembaca dan juga untuk menyampaikan kritikan sosial melalui hasil karyanya itu sendiri. Kajian ini akan menggunakan kaedah kualitatif sepenuhnya. Selain itu, kajian ini akan mempunyai dua objektif seperti mengenalpasti isu-isu masyarakat dalam novel Tuan Direktur dan menganalisis isu-isu masyarakat dalam novel Tuan Direktur dianalisis menggunakan teori konflik. Pada bahagian analisis kajian akan merungkai segala isu-isu masyarakat yang terdapat dalam novel Tuan Direktur.

Download File / URL

[thumbnail of NURUL FAZIRA BINTI MAT YUTI.pdf] Text
NURUL FAZIRA BINTI MAT YUTI.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 96
Supervisor: Dr. Nasirin Bin Abdillah
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3750
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2