Digital Special Collection Portal

Bentuk-Bentuk Kritikan Dalam Kisah Pelayaran Abdullah Ke Timur: Kajian Berdasarkan Pandangan Malay Centric.


Citation

Nurul Athifah Binti Ramli (2022) Bentuk-Bentuk Kritikan Dalam Kisah Pelayaran Abdullah Ke Timur: Kajian Berdasarkan Pandangan Malay Centric. Final Year Project thesis, UNSPECIFIED. (Submitted)

Abstract

Kajian dilakukan adalah berkaitan dengan Bentuk-Bentuk Kritikan dalam Kisah Pelayaran Abdullah ke Timur: Kajian Berdasarkan Pandangan Malay Centric. Kepengarangan Abdullah Munsyi yang dikatakan bersifat terbuka dalam mengkritik dan menegur institusi beraja dan perilaku-perilaku masyarakat Melayu pada masa itu. Kajian akan memberikan tumpuan terhadap sudut kepengarangan Abdullah Munsyi yang menjadi subjek kritikan, kerana memiliki keistimewaan dan kehebatan dalam dunia kepengarangan. Kajian dilakukan untuk menganalisis bentuk-bentuk kritikan yang terdapat dalam Kisah Pelayaran Abdullah ke Timur dan mengenal pasti kepengarangan Abdullah Munsyi dalam melakukan kritikan terhadap masyarakat Melayu serta mengetahui kepentingan kritikan sebagai sandaran terhadap kemajuan pemodenan masyarakat Melayu. Kajian menggunakan kaedah penyelidikan deskriptif dan kualitatif, proses pengumpulan data secara kepustakaan dan kaedah analisis data dalam bentuk analisis dokumen, tekstual dan teoritikal. Bagi melengkapkan kajian pendekatan teori Pacakolonial digunakan untuk mengukuhkan penyelidikan. Dapatan kajian mendapati kepengarangan Abdullah Munsyi dalam Kisah Pelayaran Abdulllah ke Timur mengkritik secara halus adalah untuk pembangunan kemajuan masyarakat Melayu pada ketika itu. Abdullah Munsyi merupakan pengarang yang berani, jujur dan berhikmah dalam menzahirkan perasaan, pandangan dan kritikanya terhadap sesuatu perkara yang diamatinya, dilaluinya dan dirasainya secara jujur dan berani.

Download File / URL

[thumbnail of NURUL ATHIFAH BINTI RAMLI.pdf] Text
NURUL ATHIFAH BINTI RAMLI.pdf

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 113
Supervisor: Afidatul Syazwani Binti Afandi
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3748
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2