Digital Special Collection Portal

Keistimewaan Rumah Bujang Berserambi Selasar Di Manir, Terengganu


Citation

Nur Farhana Syazwanie Binti Shahrul Nizam (2022) Keistimewaan Rumah Bujang Berserambi Selasar Di Manir, Terengganu. UNSPECIFIED thesis, UNSPECIFIED.

Abstract

Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Keistimewaan Rumah Bujang Berserambi Selasar di Manir, Terengganu”. Rumah Bujang Berserambi Selasar merupakan rumah yang berbentuk bumbung yang panjang paling awal dibina dalam seni rumah Melayu tradisional Terengganu dan lokasinya adalah bertempat di Kampung Manir, Terengganu. Pengkaji menujukan rumah berkenaan kerana tarikan seni bina yang terdapat pada struktur binaannya. Rumah Bujang Berserambi Selasar ini dibina dengan menggunakan kaedah pasang siap yang dihiasi dengan ukiran kayu yang menarik dan mengagumkan seorang tokoh pengukir tempatan iaitu Saudara Norhaiza bin Nordin iaitu Pengarah Urusan Seni Ukir Bakawali. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti struktur asal Rumah Bujang Berserambi Selasar di Manir, Terengganu. Objektif pengkaji juga ingin merungkaikan mengetahui impak pemuliharaan Rumah Bujang Berserambi Selasar di Manir, Terengganu kepada masyarakat. Kaedah pemerhatian, temu ramah dan analisis dokumen digunakan bagi mendapatkan data sekaligus menyempurnakan proses penyelidikan ini dari fasa awal hingga akhir. Kajian ini dapat menyedarkan orang ramai bahawa sesuatu bangunan yang dikatakan mempunyai integriti dan nilai estetik yang tinggi berkaitan warisan bangsa akan secara langsung diambil langkah sewajarnya dalam usaha memeliharanya daripada ditelan dek zaman.

Download File / URL

[thumbnail of NUR FARHANA SYAZWANIE BINTI SHAHRUL NIZAM.pdf] Text
NUR FARHANA SYAZWANIE BINTI SHAHRUL NIZAM.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 76
Supervisor: Farrah Atikah Binti Saari
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3729
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2