Digital Special Collection Portal

Keberkesanan Penggunaan Sistem "Virtual Museum" Dalam Pameran Koleksi Muzium Di Terengganu.


Citation

Nur Farehah Binti Ghazali (2022) Keberkesanan Penggunaan Sistem "Virtual Museum" Dalam Pameran Koleksi Muzium Di Terengganu. Final Year Project thesis, UNSPECIFIED.

Abstract

Muzium Maya Terengganu merupakan projek kolabrasi pihak kerajaan Negeri Terengganu dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Muzium Maya Terengganu merupakan muzium maya pertama yang diperkenalkan di Malaysia dan juga yang ketiga di dunia. Muzium maya ialah sistem yang membenarkan pelawat atau pengguna menelusur, memanipulasi dan menjelajah artifak di sesebuah muzium atau galeri secara atas talian. Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan sistem “Virtual Museum” dalam pameran koleksi di Muzium Negeri Terengganu. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti ciri penggunaan sistem “Virtual Museum”, mengkaji keberkesanan serta menghuraikan cadangan dalam penambahbaikan sistem “Virtual Museum” yang digunakan dalam pameran koleksi di Muzium Negeri Terengganu. Walau bagaimanapun, kajian ini dikaitkan dengan permasalahan kajian yang terdapat dalam penubuhan muzium maya di Malaysia yang kini menghadapi pandemik Covid-19. Selain permasalahan tersebut, muzium maya menjadi satu platform untuk mempamerkan bahan sejarah atau artifak dengan menggunakan panaroma kerana ruang pameran di dalam muzium terlalu terhad. Berdasarkan kerangka konsep yang dipilih, pengkaji memastikan konsep ini dapat menggambarkan (visualize) reka bentuk muzium maya yang digunakan oleh Muzium Negeri Terengganu bagi tujuan keberkesanan penggunaan sistem “Virtual Museum” dalam pameran koleksi di Muzium Negeri Terengganu.

Download File / URL

[thumbnail of NUR FAREHAH BINTI GHAZALI .pdf] Text
NUR FAREHAH BINTI GHAZALI .pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 117
Supervisor: Sahrudin bin Mohamed Som
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3728
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2