Pantun menjadi simbol atau perlambangan kebijaksanaan masyarakat Melayu tradisi melalui pemikiran yang kreatif dan berseni dalam penciptaan pantun. Pantun memberikan gambaran berdasarkan tafsiran masyarakat terhapda alam sekeliling sebagai sumber ilham dalam mencipta dan mempersembah pantun .Oleh hal yang demikian, objektif kajian ini mengkaji unsur-unsur keindahan yang terdapat di dalam pantun Melayu kedua, menganalisis nilai estetika pantun berdasarkan teori puitika sastera Melayu oleh Muhammad Haji Salleh dan ketiga mengenalpasti genre pantun sebagai simbol kebijaksanaan masyarakat Melayu tradisi. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu berdasarkan kaedah kepustakaan dan kajian teks. Penganalisisan data secara tekstual, struktural dan teoritikal digunakan dalam mendapatkan hasil kajian yang berkualiti terhadap estetika dan kebijaksanaan pantun Melayu dengan menggunakan teori puitika sastera Melayu. Hasil daripada dapatan kajian ini mendapati pemilihan diksi dan pembayang dalam pantun yang tepat menunjukkan keindahan dan kebijaksanaan masyarakat Melayu dalam mengungkat perasaan mereka dalam empat baris pantun. Oleh itu, bahasa mempengaruhi keindahan dalam pantun Melayu manakala, kebijaksanaan masyarakat Melayu tradisi dipengaruhi kearifan mereka dalam menggunakan bahasa yang indah dan tersusun.