Digital Special Collection Portal

Peranan Pihak Bertanggungjawab Dalam Pengurusan Bangunan Warisan di Kampung Cina, Kuala Terengganu.


Citation

Nur Afiqah Baharom (2022) Peranan Pihak Bertanggungjawab Dalam Pengurusan Bangunan Warisan di Kampung Cina, Kuala Terengganu. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Penyelidikan ini mengenai peranan pihak bertanggungjawab dalam pengurusan bangunan warisan di Kampung Cina, Kuala Terengganu. Permasalahan yang melibatkan pengurusan bangunan warisan di Kampung Cina ialah pihak bertanggungjawab tidak menyelenggara bangunan warisan dengan baik kerana kurang penjagaan dari sudut pemuliharaan bangunan tersebut dan juga penglibatan komuniti terhadap proses pemuliharaan dan pemeliharaan dilihat kurang memberangsangkan. Bagi menangani masalah yang dihadapi tersebut, pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu sebagai pihak bertanggungjawab dalam pengurusan bangunan tersebut telah melakukan pelbagai cara bagi memastikan pengurusan bangunan warisan di Kampung Cina terus terjamin. Di dalam penyelidikan ini juga, pengkaji telah memberi fokus kepada objektif yang melibatkan pihak bertanggungjawab, teknik pengurusan pihak bertanggungjawab dan juga penglibatan komuniti dalam pengjagaan bangunan warisan. Selain itu, didalam kajian ini pengkaji telah menggunakan teori pengurusan birokrasi yang berkaitan dengan pengurusan sesuatu organisasi. Pengkaji juga telah menggunakan kaedah campuran didalam penyelidikan iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Kaedah ini dilaksanakan dengan menemubual pihak bertanggungjawab terhadap bangunan warisan di Kampung Cina, Kuala Terengganu. Seterusnya, pengkaji juga telah memberikan borang soal selidik kepada beberapa orang responden. Kesimpulannya, dengan adanya penyelidikan ini ianya dapat menjadi penanda aras dan kejayaan kepada bagi masa depan pihak bertanggungjawab dalam pengurusan bangunan warisan di Kampung Cina, Kuala Terengganu.

Download File / URL

[thumbnail of Nur Afiqah Baharom.pdf] Text
Nur Afiqah Baharom.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 84
Supervisor: Dr. Suraya Binti Sukri
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3712
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2