Digital Special Collection Portal

Adat Dan Pantang Larang Dalam Aspek Perkahwinan Masyarakat Tidung, Kajian Kes Di Kampung Kalabakan, Tawau.


Citation

Norsuriati Abdul Khamad (2022) Adat Dan Pantang Larang Dalam Aspek Perkahwinan Masyarakat Tidung, Kajian Kes Di Kampung Kalabakan, Tawau. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Masyarakat yang hidup dalam sesebuah komuniti yang mempunyai adat dan budaya yang diamalkan sejak zaman nenek moyang lagi dapat dijadikan sebagai satu warisan di bawah warisan tidak ketara. Dalam konteks kajian ini, adat resam perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Tidung sejak dahulu dapat melambangkan identiti suku kaum tersebut. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji ini menerangkan mengenai adat dan pantang larang dalam perkahwinan bagi masyarakat Tidung kajian kes di kampung Kalabakan, Tawau. Kajian ini dilakukan kerana kebanyakan masyarakat Tidung di kampung tersebut berpegang pada agama islam dan mereka merasakan bahawa adat dan pantang larang dalam perkahwinan ini mempunyai unsur-unsur khurafat. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti adat dan pantang larang dalam perkahwinan bagi suku kaum Tidung, mengkaji sejauhmana penerimaan generasi muda terhadap adat dan pantang larang dalam perkahwinan bagi suku kaum Tidung serta membincangkan cara untuk mengekalkan adat dan pantang larang dalam perkahwinan. Kaedah kajian pula melibatkan kaedah kualitatif seperti melakukan pemerhatian ke kawasan kajian, menemu bual secara semi struktur terhadap 10 orang responden serta melalui kajian kepustakaan untuk mendapatkan gambaran awal mengenai tajuk kajian. Kaedah analisis data dalam kajian ini melibatkan analisis tematik yang mana hasil temubual yang dilakukan akan dipindahkan dalam bentuk transkripsi. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa adat dan pantang larang dalam perkahwinan suku kaum Tidung seperti adat melambung, adat berbuka, adat berudot dan banyak lagi. Seterusnya, penerimaan generasi muda mengenai adat dan pantang larang dalam perkahwinan suku kaum Tidung untuk generasi akan datang adalah relevan untuk diamalkan. Oleh yang demikian, hasil kajian yang diperoleh membincangkan cara untuk mengekalkan adat dan pantang larang dalam perkahwinan masyarakat Tidung seperti mengadakan pameran, membuat penyelidikan dan menerbitkan satu dokumentari.

Download File / URL

[thumbnail of Norsuriati Abdul Khamad.pdf] Text
Norsuriati Abdul Khamad.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 78
Supervisor: Dr. Norazlinda Binti Mohamed Rosdi
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3711
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2