Digital Special Collection Portal

Kajian Nilai Sejarah Terhadap Seni Bina Rumah Warisan Pahlawan Resort, Kuala Berang Terengganu.


Citation

Nor Hazirah Mustaffa (2022) Kajian Nilai Sejarah Terhadap Seni Bina Rumah Warisan Pahlawan Resort, Kuala Berang Terengganu. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Projek penyelidikan ini dijalankan untuk melakukan kajian nilai sejarah terhadap seni bina rumah warisan pahlawan resort yang terletak di Kampung Pauh, Kuala Berang, Terengganu. Setiap seni bina pada rumah warisan tersebut mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri. Terdapat tujuh buah rumah lama yang berada di resort tersebut dan setiap rumah mempunyai rekaan dan seni bina yang berbeza. Permasalahan kajian yang wujud dalam kajian yang dijalankan ialah rujukan yang terhad bagi rumah warisan, masyarakat yang tidak mempunyai kesedaran tentang kesenian seni bina yang ada di negara Malaysia dan masyarakat yang tidak mengetahui betapa pentingnya seni bina warisan. Objektif bagi kajian untuk projek penyelidikan ini ialah untuk mengenalpasti sejarah dan menganalisa keunikan seni bina rumah warisan yang terletak di warisan pahlawan resort. Kaedah temubual ke atas empat informan dan rujukan daripada buku, bahan ilmiah dan jurnal digunakan bagi menjawab objektif kaiian tersebut. Hasil kajian ini mendapati terdapat 7 rumah melayu di warisan pahlawan tersebut dan setiap dari rumah yang ada mempunyai keunikannya yang tersendiri seperti bentuk rekaan rumah dan kaya dengan motif ukiran yang cantik dan kemas. Akhir sekali, diharapkan agar sedikit sebanyak projek penyelidikan yang dijalankan ini dapat dijadikan panduan dan dan bahan ilmiah yang berguna kepada mereka yang ingin mengetahui tentang seni bina rumah melayu di Malaysia.

Download File / URL

[thumbnail of Nor Hazirah Mustaffa.pdf] Text
Nor Hazirah Mustaffa.pdf

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 83
Supervisor: Ts. Dr. Shahariah Norain Binti Shaharuddin
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3705
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2