Digital Special Collection Portal

Kajian Terhadap Lagu-Lagu Rakyat Yang Popular di Negeri Kelantan.


Citation

Nor Faizah Ismail (2022) Kajian Terhadap Lagu-Lagu Rakyat Yang Popular di Negeri Kelantan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Projek Penyelidikan ini menerangkan tentang Kajian Terhadap Lagu-lagu Rakyat Yang Popular di Kelantan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti lagu-lagu rakyat,
mengkaji elemen unsur-unsur nasihat yang terdapat dalam lagu rakyat dan mengkaji tahap pengetahuan generasi muda terhadap lagu-lagu rakyat yang telah dipopularkan di Kelantan. Segala maklumat dalam kajian ini diperoleh melalui pembacaan jurnal-jurnal, buku-buku, artikel di internet serta pengumpulan maklumat-maklumat yang telah diperoleh daripada
kajian-kajian lepas, kaedah temu bual dan soal selidik. Selain itu, skop kajian dalam projek penyelidikan ini pula lebih terperinci mengenai lagu rakyat sahaja. Kawasan yang dikaji pula lebih tertumpu di penduduk Melayu, Cina, India dan Siam di Negeri Kelantan. Kawasan yang dikaji ini hanya menumpukan kepada kawasan bandar dan luar bandar sahaja untuk mendapatkan data dan maklumat yang tepat. Di samping itu, sorotan kajian dalam kajian ini, pengkaji menggunakan Pandangan Sarjana Timur dan Pandangan Sarjana Barat. Seterusnya, teori yang digunakan dalam kajian ini adalah Teori Pengkaedah Melayu. Dalam metodologi kajian pula, pengkaji menggunakan reka bentuk kajian yang mana terkandungnya kaedah kualitatif dan kuantitatif. Selain itu juga, dalam kaedah pengumpulan data, pengkaji menggunakan data primer dan data sekunder. Akhir sekali, akhir kajian ini diharapkan dapat membantu masyarakat untuk mengenali dan berusaha memelihara seni warisan lagu rakyat yang mempunyai nilai yang tinggi.

Download File / URL

[thumbnail of Nor Faizah Ismail.pdf] Text
Nor Faizah Ismail.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 69
Supervisor: Dr. Raja Iskandar Bin Raja Halid
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3704
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2