Digital Special Collection Portal

Peranan Muzium Komuniti Dalam Pengekalan Identiti di Melaka, Tapak Warisan Dunia Malaysia.


Citation

Nor Atikah Abdullah (2022) Peranan Muzium Komuniti Dalam Pengekalan Identiti di Melaka, Tapak Warisan Dunia Malaysia. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Peranan muzium komuniti dalam pengekalan identiti di Melaka, tapak warisan dunia, Malaysia adalah sebuah kajian yang mengkaji peranan tiga buah Muzium Komuniti. Muzium komuniti yang dikaji adalah Muzium Portugis, Muzium Chitti serta Muzium Baba dan Nyonya. Kajian yang dijalankan mendapati pengurusan yang dijalankan oleh Muzium Komuniti dalam menguruskan muzium komuniti bagi mengekalkan identiti mereka dalam masyarakat masih berada di tahap yang tidak memuaskan. Hal ini berlaku akibat daripada beberapa masalah yang berlaku di Muzium Komuniti yang melibatkan pengurusan seperti sistem komunikasi, pengurusan operasi yang tidak teratur serta caj bayaran kemasukkan yang dikenakan agak mahal. Objektif kajian didalam kajian ini terbahagi kepada tiga iaitu mengenalpasti ciri-ciri Muzium Komuniti yang terdapat di Bandaraya Melaka, mengenalpasti faktor yang menyebabkan para pelancong datang melawat ke muzium
komuniti di Bandaraya Melaka dan menganalisis peranan muzium komuniti di Bandaraya Melaka terhadap identiti sesebuah bangsa. Pengkaji telah menggunakan pendekatan kes kajian iaitu memfokuskan kepada ciri-ciri yang ingin dikaji sahaja.
Justeru, kajian ini telah menggunakan kaedah kajian campuran iaitu kuantitatif untuk tinjauan berkaitan dengan kepekaan pengunjung, ciri-ciri serta faktor kedatangan pengunjung ke Muzium Komuniti dan kaedah kualitatif iaitu temubual. Dapatan kajian yang didapati menunjukkan bahawa pengunjung yang pernah mengunjungi Muzium Komuniti sedar akan ciri-ciri serta peranan yang dibawa oleh muzium komuniti. Beberapa cadangan turut diutarakan bagi memastikan Muzium Komuniti
diberikan perhatian oleh kerajaan negeri dan badan-badan tertentu agar kekurangan yang terdapat di Muzium Komunti ini dapat diatasi.

Download File / URL

[thumbnail of Nor Atikah Abdullah.pdf] Text
Nor Atikah Abdullah.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 75
Supervisor: Dr. Suraya Binti Sukri
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3702
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2