Digital Special Collection Portal

Kajian Terhadap Pemuliharaan Masjid Lama Pelangai, Kuala Pilah, Negeri Sembilan


Citation

Nazeerdin, Mohamed Mustakim (2022) Kajian Terhadap Pemuliharaan Masjid Lama Pelangai, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Mengenalpasti isu dan cabaran pemuliharaan ke atas Masjid Lama Pelanga. Projek penyelidikan ini mengenai Kajian Terhadap Pemuliharaan Masjid Lama Pelangai, Kuala Pilah, NegerI Sembilan/ Masjid Lama Pelangai merupakan salah satu masjid lama yang terdapat di Negeri Sembilan. Masjid Lama Pelangai ini telah berusia 111 tahun yang telah dibina pada tahun 1910. Masjid ini dibina secara bergotong-royong oleh penduduk. Istimewanya masjid ini menggunakan reka bentuk Melayu lama dan adanya pengaruh seni bina Demak. Penyelidik memilih untuk menjalankan kajian berkenaan masjid lama di Negeri Sembilan kerana masih kurang mendapat perhatian daripada pihak berwajib kerajaan mahupun pihak bukan kerajaan (NGO) serta kekurangan los dan dana pengurusan terhadap kerja pemeliharaan ini. Objektif kajian ini ialah mengenalpasti kepentingan nilai warisan Masjid Lama Pelangai, menyiasat tahap pemuliharaan ke atas Masjid Lama Pelangai dan akhir sekali ialah mengenalpasti isu dan cabaran pemuliharaan ke atas Masjid Lama Pelangai. Metodologi kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah tertumpu pada metadologi kualitatif. Dengan keadaan semasa yan gtidak mengizinkan disebabkan penularan virus COVID-19. Penyelidik akan melakukan kajian dengan mengambil langkah yang berhati-hati demi menjaga keselamatan. Kajian penyelidikan ini akan mengenal pasti nilai warisan dan kepentingan masjid lama tradisional yang terdapt di Negeri Sembian. Kajian ini juga akan memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat bahawa masjid lama ini merupakan satu set aset warisan yang amat penting.

Download File / URL

[thumbnail of MOHAMED MUSTAKIM C18A0115.pdf] Text
MOHAMED MUSTAKIM C18A0115.pdf - Published Version

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 92
Supervisor: Dr. Sahrudin Bin Mohamed Som
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3696
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2