Digital Special Collection Portal

Keunikan Karya Lukisan Dinding Di Sekitar Georgetown Pulau Pinang


Citation

Muhsein, Anis Masturah (2022) Keunikan Karya Lukisan Dinding Di Sekitar Georgetown Pulau Pinang. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini merupakan sebuah kajian yang mengupas dan membincangkan mengenai keunikan yang telah ditonjolkan oleh karya lukisan dinding yang berada di sekitar bandar Georgetown Pulau Pinang. Namun terdapat beberapa permasalahan yang timbul dalam mengekalkan penghasilan karya lukisan dinding ini. Antaranya adalah, wujudnya pihak yang tidak bertanggungjawab yang melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti melakukan contengan terhadap karya lukisan dinding yang telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa. Selain itu, kebanyakan masyarakat di Malaysia tidak memahami akan keunikan yang ingin disampaikan oleh sang pelukis terhadap lukisan dinding yang dihasilkan serta ada di antara masyarakat yang menganggap bahawa lukisan pada dinding bangunan ini telah mencemarkan keharmonian pandangan pelancong yang berkunjung ke Malaysia. Maka, kajian penyelidikan ini perlulah dijalankan bagi mengenal pasti keunikan karya lukisan dinding di bandar bagi mengetahui tentang karya lukisan ini menjadi tarikan utama terhadap pelancong dan mengkaji pandangan masyarakat terhadap kepentingan karya lukisan dinding di Malaysia. Kajian yang dijalankan ini adalah kajian yang menggunakan kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Kaedah kualitatif ini adalah dimana pengkaji menggunakan bantuan kaedah kepustakaan dan melakukan kaedah pemerhatian ketika berada di kawasan lapangan. Manakala, kaedah kuantitatif pula adalah sebuah kaedah dimana pengkaji mengedarkan kajian soal selidik mendapatkan data mengenai pandangan masyarakat terhadap kepentingan karya lukisan dinding di Malaysia. Hasil dapatan yang diperolehi adalah keunikan yang telah ditonjolkan pada karya lukisan dinding di bandar Georgetown ini telah menarik perhatian ramai pelancong tidak kira dari dalam atau luar negara. Manakala, daripada pengedaran soal selidik kepada masyarakat ini telah menyatakan bahawa karya lukisan dinding membawa kepentingan terhadap individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, karya lukisan dinding ini seharusnya dikekalkan kerana ianya bukan sahaja memberikan keunikan kepada negara malahan sedikit sebanyak telah menyumbang kepada ekonomi negara terutamanya industri pelancongan.

Download File / URL

[thumbnail of ANIS MASTURAH BINTI MUHSEIN C18A0042.pdf] Text
ANIS MASTURAH BINTI MUHSEIN C18A0042.pdf - Published Version

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 82
Supervisor: Puan Nur Athmar Binti Hashim
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3691
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2