Muzium merupakan institusi yang mendidik masyarakat tentang keagungan bangsa melalui koleksi yang dipamerkan. Pembinaan Muzium Nelayan Tanjung Balau memainkan peranan yang sangat penting untuk generasi muda kerana peranan muzium ini dalam memelihara tamadun nelayan. Isu utama yang ingin diketengahkan dalam kajian ini adalah untuk mengkaji peranan Muzium Nelayan, Tanjung Balau di Kota Tinggi, Johor, dalam mendokumentasikan tamadun nelayan Malaysia khususnya di Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor. Matlamatnya adalah untuk mengkaji sejarah penubuhan Muzium Nelayan Tanjung Balau, menganalisis paparan di setiap galeri Muzium Nelayan Tanjung Baru, termasuk bahan yang disimpan untuk tujuan pemuliharaan, dan meneliti aktiviti yang dijalankan oleh muzium tersebut di samping usaha yang dijalankan oleh pihak Muzium Nelayan, Tanjung Balau menarik minat pengunjung hadir ke muzium tersebut. Pengkaji telah menggunakan pendekatan kajian etnografi yang berfokus kepada tujuan kajian ini sahaja. Justeru, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu temubual. Bagi Teknik pengumpulan diperolehi daripada data primer iaitu hasil temubual dan pemerhatian manakala data sekunder iaitu sumber internet, buku ilmiah, jurnal dan tesis. Dapatan kajian yang didapati menunjukkan bahawa perkembangan sejarah Muzium Nelayan, Tanjung Balau sehingga ke hari ini semakin berkembang dengan penambahan galeri serta koleksi pameran yang dipamerkan Muzium Nelayan, Tanjung Balau. Koleksi pameran yang dipamerkan memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang budaya masyarakat nelayan terdahulu di samping dapat memelihara budaya masyarakat nelayan. Di samping itu, kehadiran pengunjung untuk melawati ke Muzium Nelayan turut memperlihatkan peningkatan atas usaha- usaha yang dijalankan oleh pihak Muzium Nelayan dengan melaksanakan pelbagai aktiviti- aktiviti yang dapat mendatangkan minat masyarakat untuk hadir ke Muzium Nelayan, Tanjung Balau dan melihat dengan sendiri pameran yang dipamerkan. Kini, dengan perkembangan pesat pemodenan, pengetahuan tentang profesion nelayan, kehidupan nelayan, dan apa-apa elemen yang berkaitan dengan profesion ini kurang diketahui oleh komuniti. Dengan penyelidikan terperinci sedemikian, ia memelihara dan menyediakan maklumat berguna untuk komuniti masa depan.