Digital Special Collection Portal

Keberkesanan Pihak Berkuasa Tempatan Dalam Pemuliharaan Bandar Sungai Lembing.


Citation

Muhammad Arif Yaakob (2022) Keberkesanan Pihak Berkuasa Tempatan Dalam Pemuliharaan Bandar Sungai Lembing. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Sungai Lembing merupakan sebuah tapak perlombongan yang terbesar di negeri Pahang satu ketika dahulu. Kawasan tersebut turut mendapat jolokan nama iaitu bandar yang terkaya di Semenanjung Malaysia dan turut digelar sebagai ‘El-Dorado Timur’ kerana kekayaan hasil bijih timah. Walaubagaimanapun akibat krisis kejatuhan harga bijih timah, bandar ini dibiarkan begitu sahaja dan kini kembali bangkit sebagai pusat pelancongan yang terpenting di negeri Pahang. Dalam kajian ini juga akan melihat cabaran-cabaran dan masalah yang timbul terutamanya kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dalam memastikan bandar tersebut kekal terpulihara. Dalam kajian ini juga melibatkan penggunaan kaedah kualitatif yang diperolehi dari sumber data yang berbeza iaitu data primer dan sekunder serta melibatkan kaedah kuantitatif terutama dalam mendapat maklum balas responden terhadap pihak berkuasa tempatan (PBT). Melalui kaedah tersebut
dapat melihat usaha selain keberkesanan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memulihara bandar Sungai Lembing untuk satu tempoh masa yang panjang. Berdasarkan kajian ini juga boleh dijadikan sebagai sumber rujukan kepada pihak luar terutama generasi akan datang mengenai peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memulihara bandar yang bersejarah.

Download File / URL

[thumbnail of Muhammad Arif Yaakob.pdf] Text
Muhammad Arif Yaakob.pdf

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 115
Supervisor: En. Sahrudin Bin Mohamed Som
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3687
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2