Digital Special Collection Portal

Persepsi Masyarakat Terhadap Kelangsungan Upacara Wangkang di Melaka Ketika Penularan Covid-19.


Citation

Muhammad Alif Hakimi Muhammad (2022) Persepsi Masyarakat Terhadap Kelangsungan Upacara Wangkang di Melaka Ketika Penularan Covid-19. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Abstract

Kajian ini tertumpu kepada upacara Wangkang yang telah dijalankan pada tahun 2020. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti kelangsungan upacara Wangkang di Melaka semasa penularan COVID-19. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji tentang penerimaan masyarakat terhadap upacara Wangkang yang dijalankan semasa penularan COVID-19 serta membincangkan tentang kaedah yang bersesuaian bagi merancakkan lagi upacara Wangkang di Negeri Melaka pada masa akan datang. Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk etnografi dan menggunakan kaedah campuran bagi mendapatkan data yang diperlukan iaitu melibatkan kaedah kualitatif seperti menemubual beberapa orang responden manakala kaedah kuantitatif pula digunakan bagi mengukur penerimaan masyarakat tentang upacara Wangkang yang telah dijalankan pada tahun 2020 menerusi borang soal selidik yang diedarkan.
“Teori Semiotik” telah digunapakai dan diaplikasikan di dalam kajian ini. Pada penghujung kajian ini, pengkaji akan memberikan beberapa cadangan bagi memastikan upacara Wangkang ini agar terus dipelihara bagi memastikan warisan budaya ini dapat dikenali oleh orang ramai serta dapat diwarisi kepada generasi akan datang.

Download File / URL

[thumbnail of Muhammad Alif Hakimi Muhammad Rushdie.pdf] Text
Muhammad Alif Hakimi Muhammad Rushdie.pdf

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 94
Supervisor: Dr. Norazlinda Binti Mohamed Rosdi
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3686
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2