Digital Special Collection Portal

Pemberdayaan Jati Diri Kanak-Kanak Dalam Teks Adik Sayang Pantun


Citation

Aida Mastura Mohamad (2022) Pemberdayaan Jati Diri Kanak-Kanak Dalam Teks Adik Sayang Pantun. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Pantun kanak-kanak merupakan sejenis puisi tradisional Melayu. PKK bukan sekadar memberi hiburan tetapi juga memberi pengajaran dan pendidikan serta mampu membentuk pemberdayaan jati diri kanak-kanak menjadi seseorang yang berkeperibadian tinggi. Selain itu, PKK juga dicipta dengan bentuk yang ringkas seiring dengan meningkatkanya usia kanak-kanak yang gemar akan bahasa yang mudah dan berirama. Justeru itu, kajian ini akan menggunakan teks kumpulan pantun kanak-kanak yang berjudul Adik Sayang Pantun oleh Ismail Restu kerana bagi pandangan beliau sudah menjadi fitrah kepada kanak-kanak seperti berada di peringkat sekolah rendah menyukai bahasa pantun berirama khususnya pantun dua kerat kerana bahasanya mudah difahami oleh kanak-kanak. Kajian ini dilakukan kerana melihatkan kelompongan dalam hasil kajian lepas dalam bidang yang dikaji iaitu kurang kajian mengenai pemberdayaan jati diri kanak-kanak menerusi pantun kanak-kanak dan masyarakat zaman kini lebih tertumpu kepada sesuatu perkara yang lebih jelas berbanding menelusuri maksud yang digarapkan dalam sebuah pantun.

Download File / URL

[thumbnail of AIDA MASTURA BINTI MOHAMAD C18A0020.pdf] Text
AIDA MASTURA BINTI MOHAMAD C18A0020.pdf - Published Version

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 100
Supervisor: Nordiana Binti Ab Jabar
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3677
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2