Digital Special Collection Portal

Analisis Penulisan Skrip Dalam Filem Adaptasi Terpilih Berdasarkan Pendekatan Estetika Bersepadu


Citation

Mohamad, Ahmad Adam Muqri (2022) Analisis Penulisan Skrip Dalam Filem Adaptasi Terpilih Berdasarkan Pendekatan Estetika Bersepadu. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Makalah ini membincangkan mengenai unsur estetika yang terdapat dalam filem adaptasi yang terpilih. Filem adaptasi yang terpilih adalah filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dan Habibie & Ainun. Filem tersebut dipilih berdasarkan kandungan-kandungan filem tersebut yang mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi seperti penggunaan bahasa yang indah, tutur kata yang sempurna dan cara penyampaian yang berkualiti. Filem adaptasi tersebut berjaya dikupas satu persatu untuk dianalisis dari sudut estetikanya. Teori yang digunapakai untuk diaplikasikan dalam kajian ini adalah Teori Estetika Bersepadu yang digagaskan oleh Professor Madya Dr Abdul Halim Ali. Teori tersebut berjaya dianalisis dengan baik di samping menganalisis skrip yang menjadi teras bagi kajian ini. Skrip yang dianalisis berdasarkan Teori Estetika Bersepadu tersebut berjaya dikenalpasti unsur-unsur
estetikanya untuk mencapai objektif bagi kajian ini. Kajian yang menggunakan kaedah kualitatif ini menggunakan maklumat-maklumat ataupun data-data daripada filem adaptasi, skrip, bahan-bahan ilmiah dan sebagainya. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya unsur estetika bagi
sesebuah filem yang bagus.

Download File / URL

[thumbnail of AHMAD ADAM MUQRI BIN MOHAMAD (C18A0008).pdf] Text
AHMAD ADAM MUQRI BIN MOHAMAD (C18A0008).pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 63
Supervisor: Dr. Sudirman Kiffli
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3675
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2