Digital Special Collection Portal

Unsur Didaktik Dalam Teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Satu Penelitian Pendekatan Moral


Citation

Md Sabri, Siti Norsyahira (2022) Unsur Didaktik Dalam Teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Satu Penelitian Pendekatan Moral. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kesusasteraan Melayu tradisional adalah sebuah karya yang telah disampaikan secara turun-temurun, disebar secara lisan, dan mengambarkan budaya atau gaya hidup sesebuah masyarakat. Masyarakat kini boleh menggunakan segala kandungan yang terdapat dalam cerita rakyat Melayu ini sebagai bahan hiburan, medium moral, pendidikan dan pengajaran dalam kalangan masyarakat. Berdasarkan penelitian pengkaji, masih terdapat kelompongan terhadap sorotan kajian lepas. Pengkaji mendapati bahawa kajian mengenai unsur didaktik dalam teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan masih belum dilakukan oleh manamana pengkaji. Oleh itu, objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti unsur didaktik dalam teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan dan menganalisis unsur didaktik dalam teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan sebagai suatu pendekatan moral. Seterusnya, pengkaji telah membataskan kepada 24 cerita rakyat Melayu yang terdapat dalam teks ini, Pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif yang meliputi kaedah kepustakaan dan teks dalam menghasilkan kajian ini. Pengkaji juga mengaplikasikan Pendekatan Moral yang terdapat dalam Teori Pengkaedahan Melayu yang diasaskan oleh Hashim Awang (1989) untuk memantapkan hasil analisis kajian ini. Hasil kajian ini membuktikan bahawa unsur didaktik yang terkandung dalam teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan ini sememangnya dapat memperbaiki atau meningkatkan nilai moral dalam kalangan masyarakat.
Kata Kunci: Cerita Rakyat Melayu, Teori Pengkaedahan Melayu, Pendekatan Moral, Unsur Didaktik

Download File / URL

[thumbnail of SITI NORSYAHIRA BINTI MD SABRI (C18A0408).pdf] Text
SITI NORSYAHIRA BINTI MD SABRI (C18A0408).pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 143
Supervisor: Dr. Mohd Firdaus Che Yaacob
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3674
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2