Digital Special Collection Portal

Peranan Pihak Berkepentingan Dalam Pemeliharaan Permainan “Gendang” Tradisional Di Kampung Gelang Mas, Pasir Mas Kelantan


Citation

Makhtar, Zata Alwani (2022) Peranan Pihak Berkepentingan Dalam Pemeliharaan Permainan “Gendang” Tradisional Di Kampung Gelang Mas, Pasir Mas Kelantan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Penyelidikan ini merupakan satu kajian tentang peranan pihak berkepentingan dalam pemeliharaan permainan “gendang” tradisional di kampung Gelang Mas, Pasir Mas Kelantan. Kelantan sememangnya mempunyai pelbagai budaya dan mempunyai pelbagai jenis warisan. Negeri Kelantan kaya dengan khazanah warisan iaitu kebudayaan, kepelbagaian jenis makanan, corak kehidupan, permainan, dan sebagainya. Kajian ini juga memfokuskan kepada setiap objektif kajian serta pengkaji telah memokuskan kepada beberapa individu yang memainkan peranan penting dalam pemeliharaan permainan gendang tradisional. Dalam hal ini, terdapat juga pihak berkepentingan yang bertanggungjawab dalam usaha pemeliharaan permainan tradisional ini untuk memastikan permainan gendang dapat dipelihara bagi menjaga khazanah warisan. Kajian ini juga berpandukan kepada teori Teori Stakeholder mengenai pengurusan organisasi dan etika perniagaan yang menangani moral dan nilai dalam menguruskan organisasi. Kaedah ini dilakukan dengan pemerhatian secara langsung di lokasi kajian dan menemu bual lapan informan yang terdiri daripada pembuat gendang, generasi muda dan pihak berkepentingan. Warisan kebudayaan permainan alat muzik gendang ini mempunyai sejarah yang tersendiri dimana terdapat keistimewaan serta keunikan warisan tersebut bagi masyarakat khususnya penduduk di Kampung Gelang Mas ini.
Kata Kunci: Kepentingan Alat Muzik Gendang, Generasi Muda, Pihak Berkepentingan, Usaha

Download File / URL

[thumbnail of ZATA ALWANI BINTI MAKHTAR C18A0465.pdf] Text
ZATA ALWANI BINTI MAKHTAR C18A0465.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 52
Supervisor: Dr. Suraya Binti Sukri
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3670
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2