Digital Special Collection Portal

Analisis Penerapan Teori Estetika Bersepadu Dalam Lirik Lagu Zuhud Dan 7 Nasihat


Citation

Mahmud, Siti Nur Muslihah (2022) Analisis Penerapan Teori Estetika Bersepadu Dalam Lirik Lagu Zuhud Dan 7 Nasihat. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk merungkai keindahan bahasa yang terdapat dalam lirik lagu terpilih dengan melihat perkaitan antara lirik lagu terpilih dan juga ciri-ciri teori yang digunakan. Penelitian ini menggunakan Teori Estetika Bersepadu dan dua lagu terpilih iaitu Lagu Zuhud dan Lagu 7 Nasihat. Selain itu, kajian ini dijalankan bagi mengisi kekosongan dokumentasi secara ilmiah berkaitan estetika yang terdapat dalam lirik lagu kontemporari dan memberi pencerahan kepada masyarakat umum tentang satu gabungan hebat bidang kesusasteraan dan bidang muzik. Gabungan antara kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif telah digunakan sepanjang kajian ini dijalankan bagi mendapatkan satu bentuk analisis kajian yang tepat dan relevan. Kajian ini merupakan satu bentuk penyelidikan untuk menganalisis penggunaan teori estetika bersepadu dalam lirik lagu terpilih dan mengkaji impak penerapan teori estetika bahasa dalam lirik lagu terpilih terhadap pembangunan bidang sastera di Malaysia. Dalam kajian ini, pengkaji telah mengaplikasikan Teori Estetika Bersepadu oleh Abdul Halim Ali. Justeru itu, pengkaji telah berjaya mencapai kedua-dua objektif yang telah ditetapkan. Hasil keseluruhan penyelidikan menunjukkan bahawa lirik lagu terpilih sememangnya mempunyai penerapan estetika bahasa yang baik. Oleh itu, lagu terpilih telah menepati kesemua ciri yang dianjurkan dalam Teori Estetika Bersepadu. Diharapkan kajian ini mampu menjadi pemangkin kesedaran kepada kesedaran masyarakat umum akan kepentingan memelihara keindahan bahasa ibunda dalam menyelusuri dunia moden hari ini.

Kata Kunci : Estetika, Lirik Lagu Zuhud, Lirik Lagu 7 Nasihat, Teori Estetika Bersepadu

Download File / URL

[thumbnail of SITI NUR MUSLIHAH BINTI MAHMUD (C18A0510).pdf] Text
SITI NUR MUSLIHAH BINTI MAHMUD (C18A0510).pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 65
Supervisor: Encik Sudirman Bin Kiffli
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3669
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2