Digital Special Collection Portal

Impak Pandemik Covid-19 Terhadap Peniaga Makanan Tradisional Kecil-Kecilan Di Kuala Kedah


Citation

Madzari, Fatin Nur Iffa (2022) Impak Pandemik Covid-19 Terhadap Peniaga Makanan Tradisional Kecil-Kecilan Di Kuala Kedah. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Makanan tradisional merupakan simbolik bagi penyatuan masyarakat majmuk dan peniaga makanan tradisional pula merupakan penyambung bagi melestarikan budaya makanan tradisional. Walau bagaimanapun, dunia kini telah melanda pandemik Covid- 19 yang memberi kesan kepada seluruh dunia termasuk ekonomi negara. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan peniaga makanan tradisional ini terjejas akibat norma baharu yang dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti jenis-jenis makanan yang dijual oleh peniaga makanan tradisional di sekitar Kuala Kedah. Selain itu, mengkaji kesan pandemik kepada peniaga makanan tradisional dan menganalisis usaha yang diambil oleh peniaga bagi mengatasi kerugian penjualan makanan sepanjang Covid-19. Metodologi yang digunakan adalah kaedah pencampuran dan seramai 110 orang responden bagi tinjuan dan 10 orang responden dari temubual. Data kajian dianalisis menggunakan analisis tematik dan deskriptif. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa impak pandemik ini memberi kesan kepada penjual makanan tradisional dari segi kesukaran mendapatkan pesanan daripada pelanggan, lebih sedikit pelanggan yang makan di gerai atau restoran mereka, dan bahan mentah yang terlalu mahal. Selain itu, peniaga kecil-kecilan ini telah mengambil inisiatif untuk mempromosikan makanan mereka dengan menggunakan media sosial sebagai platform, seperti menyertai laman Facebook dan kumpulan WhatsApp, pemasaran dari mulut ke mulut (melalui ahli keluarga) dan perkhidmatan penghantaran tunai. Kesimpulannya, kajian ini penting kepada peniaga secara kecil-kecilan kerana ia mencadangkan penyelesaian penting dan praktikal untuk meminimumkan kesan wabak ke atas perniagaan kecil mereka dan pengalaman baharu kepada orang lain tentang cabaran pandemik yang dihadapi sekarang.

Download File / URL

[thumbnail of FATIN NUR IFFA BINTI MADZARI C18A0065.pdf] Text
FATIN NUR IFFA BINTI MADZARI C18A0065.pdf - Published Version

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 83
Supervisor: Dr. Ainul Wahida Binti Radzuan
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3668
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2