Digital Special Collection Portal

Transkripsi Keupayaan Teksdealisme Dalam Mengangkat Keunggulan Karya-Karya Thriller Ramlee Awang Murshid


Citation

Ku Mohd Shahabudin, Ku Nur Asmida (2022) Transkripsi Keupayaan Teksdealisme Dalam Mengangkat Keunggulan Karya-Karya Thriller Ramlee Awang Murshid. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis keunggulan kepengarangan Ramlee Awang Murshid menerusi novel Tombiruo : Penunggu Rimba dan Ungu Karmila. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan kaedah kepustakaan yang dianalisis secara deskriptif. Asas dan dasar kajian ini dianalisis menerusi empat prinsip yang terdapat dalam Teori Teksdealisme iaitu prinsip kehadiran, prinsip pelanggaran, prinsip pengukuhan dan prinsip individualisme. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa, keunggulan Ramlee Awang Murshid dalam prinsip kehadiran Teori teksdealisme telah berjaya menghadirkan pengalaman melalui kehidupan masyarakat dan pengalaman melalui pengembaraan. Begitu juga prinsip pelanggaran yang membolehkan Ramlee Awang Murshid berani mengemukakan pelanggaran tema dan persoalan serta pelanggaran dari segi watak dan perwatakan yang memberi pembaharuan idea dalam kepengarangannya. Prinsip pengukuhan pula, membuktikan kesungguhan Ramlee Awang Murshid dalam meningkatkan kualiti kedua-dua novel melalui pengukuhan nilai murni yang disampaikan melalui setiap peristiwa yang terkandung dalam karyanya. Di samping itu, bagi prinsip individualisme pula telah mengangkat cita-cita dan personaliti Ramlee Awang Murshid melalui stailistik dan persembahan novel yang dipengaruhi oleh ideologi realisme. Keunggulan kepengarangan Ramlee Awang Murshid dibuktikan hadir melalui pengalaman yang mencetuskan idea dengan pembaharuan serta dikukuhkan dengan nilai-nilai murni selain turut mempertingkatkan personaliti kepengarangan. Justeru, kajian ini memberi implikasi kepada penyelidik sebagai asas memahami proses kepengarangan dan membantu pembaca memilih karya yang unggul serta mendorong pengarang kini mempertingkatkan karya dengan menampilkan elemen penting dalam proses kepengarangan.

Download File / URL

[thumbnail of KU  NUR ASMIDA BINTI KU MOHD SHAHABUDIN (C18A0089).pdf] Text
KU NUR ASMIDA BINTI KU MOHD SHAHABUDIN (C18A0089).pdf - Published Version

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 126
Supervisor: Puan Siti Nur Anis Binti Muhammad Apandi
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3666
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2