Digital Special Collection Portal

Kajian Tentang Pengembalian Semula (Restoration) Bangunan Warisan Terhadap Sosio-Budaya Masyarakat Di Alor Setar : Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad, Kedah


Citation

Izhar, Ainun Husna (2022) Kajian Tentang Pengembalian Semula (Restoration) Bangunan Warisan Terhadap Sosio-Budaya Masyarakat Di Alor Setar : Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad, Kedah. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Di dalam tesis ini, tajuk kajian yang dipilih dalam kajian ini adalah kajian tentang pengembalian semula (restoration) bangunan warisan terhadap sosio-budaya masyarakat di Alor Setar iaitu Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad. Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan salah satu bangunan bersejarah di Negeri Kedah dan dikelolakan oleh Jabatan Arkib Negara Malaysia. Terdapat beberapa objektif yang digunakan dalam penyelidikan ini seperti mengenal pasti keunikan dan keistimewaan Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad dan mengkaji kesan pengembalian semula (restoration) Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad ke atas sosio-budaya masyarakat di Alor Setar, Kedah. Semasa menjalankan penyelidikan ini terdapat reka bentuk kajian yang digunakan iaitu kaedah kuantitatif dan kualitatif. Pengumpulan data dilakukan dalam penyelidikan ini dengan menggunakan data primer iaitu soal selidik dan temu bual dengan beberapa orang responden dan data sekunder iaitu melalui perpustakaan dan internet. Analisis data dilakukan setelah kesemua data yang diperolehi dalam kajian yang dilakukan melalui kaedah kuantitatif dan kualitatif. Dalam setiap penyelidikan yang dilakukan terdapat beberapa kepentingan kepada individu dan masyarakat yang akan memberi ilmu yang bermanfaat daripada hasil penyelidikan yang dilakukan. Akhir sekali, diharapkan sedikit sebanyak hasil penyelidikan ini akan menjadi satu panduan dan badan ilmiah yang berguna yang boleh diguna pakai kepada semua golongan.

Download File / URL

[thumbnail of C18A0028 AINUN HUSNAA BINTI IZHAR.pdf] Text
C18A0028 AINUN HUSNAA BINTI IZHAR.pdf - Published Version

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 59
Supervisor: Ts. Dr. Mukhtaruddin Bin Musa
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3664
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2