Digital Special Collection Portal

Kearifan Lokal Dalam Seloka Pak Kaduk & Pak Pandir: Aspek Sindiran Dan Kenyataan


Citation

Che Ayub, Mohammad Nor Fahmi Adaha (2022) Kearifan Lokal Dalam Seloka Pak Kaduk & Pak Pandir: Aspek Sindiran Dan Kenyataan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini dilakukan memfokuskan kepada Kearifan Lokal yang terdapat dalam seloka Pak Kaduk dan Pak Pandir melalui dari segi aspek sindiran dan kenyataan. Kearifan Lokal bermaksud bahagian dari budaya suatu masyarakat yang tidak dapat dipisahkan dari bahasa masyarakat itu sendiri. Hal ini dikatakan ianya merupakan warisan dari orang terdahulu. Disamping itu, kearifan lokal atau local wisdom ini biasanya diwariskan secara turun-temurun dari generasi ke generasi melalui cerita dari mulut ke mulut. Kearifan lokal biasanya terdapat pada cerita rakyat, peribahasa, lagu hingga permainan dalam kalangan rakyat. Manakala seloka merupakan satu tujuan untuk menyindir masyarakat tradisi misalnya dari segi aspek sosial melalui kearifan lokal agar dapat melahirkan keharmonian dan ketatasusilaan. Terdapat tiga objektif kajian dalam tugasan ini adalah yang pertama untuk mengenalpasti fungsi seloka sebagai hiburan kepada masyarakat Melayu tradisi. Kedua pula ialah mengkaji aspek sindiran sebagai alat kawalan sosial masyarakat dalam seloka Melayu. Seterusnya, yang ketiga ialah menganalisis bentuk pengajaran yang boleh diambil daripada seloka. Dalam kajian ini pengkaji banyak menggunakan sumber-sumber rujukan seperti sorotan kajian lepas, jurnal, buku-buku ilmiah, akhbar, kepustakaan internet dan sebagainya bagi menyiapkan tugasan ini. Hasil dapatan kajian dan analisis terhadap aspek sindiran dalam seloka Pak Kaduk dan Pak Pandir mendapati bahawa menghasilkan puisi tradisional seloka bukan sahaja bersifat lawak jenaka ataupun hiburan semata-mata namun, seloka mempunyaai banyak iktibar disebalik aspek sindiran itu dan maksud yang terkandung iaitu mempunyai mesej pengajaran, pendidikan, nasihat kepada khalayak dan pembaca. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa penggunaan kearifan lokal dalam seloka terhadap kalangan masyarakat tradisional adalah sebenarnya sebagai satu alat komunikasi untuk menyedarkan serta memberi impak yang positif kepada khalayak mahupun pembaca dalam membina jati diri dan tingkah laku dalam kehidupan seseorang individu.

Download File / URL

[thumbnail of MOHAMMAD NOR FAHMI ADAHA BIN CHE AYUB (C18A0122).pdf] Text
MOHAMMAD NOR FAHMI ADAHA BIN CHE AYUB (C18A0122).pdf - Published Version

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 74
Supervisor: Dr. Afidatul Syazwani Binti Afandi
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3655
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2