Digital Special Collection Portal

Pemuliharaan Warisan Tidak Ketara: Kajian Terhadap Kuih Bunga Pudak Di Alor Setar, Kedah


Citation

Bakhari, Siti Nur Liyana (2022) Pemuliharaan Warisan Tidak Ketara: Kajian Terhadap Kuih Bunga Pudak Di Alor Setar, Kedah. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kuih Bunga Pudak merupakan kuih warisan negeri Kedah. Keunikan kuih ini terletak pada nama dan kaedah masakan kuih tersebut. Kajian ini dijalankan ini adalah untuk mengkaji tentang pemuliharaan warisan tidak ketara iaitu kajian terhadap Kuih Bunga Pudak di Alor Setar, Kedah.Terdapat tiga objektif yang dinyatakan di dalam kajian ini iaitu mengenal pasti sejarah dan keunikan Kuih Bunga Pudak di Kedah, menghuraikan kaedah pembuatan Kuih Bunga Pudak di Alor Setar, Kedah dan menganalisis penglibatan komuniti di Alor Setar, Kedah dalam pemuliharaan terhadap Kuih Bunga Pudak.Bagi kajian ini pengkaji menggunakan kaedah kualitatif bagi mendapatkan maklumat tentang kajian terhadap Kuih Bunga Pudak. Seramai 5 orang informan di pilih untuk di temu bual. Hasil dapatan yang diperolehi mendapati Kuih bunga Pudak ini berasal daripada Kedah iaitu termasuklah wilayah jajahan kedah pada masa dahulu. Kuih ini juga diambil bersempena nama Pokok Bunga Pudak yang boleh dijumpai di sekitar pesisir pantai. Akhir sekali, Kuih Bunga Pudak ini adalah kuih warisan negeri Kedah yang harus dipelihara agar tidak hilang ditelan zaman dan kekal hingga ke generasi yang seterusnya.

Download File / URL

[thumbnail of SITI NUR LIYANA BINTI BAKHARI C18A0416.pdf] Text
SITI NUR LIYANA BINTI BAKHARI C18A0416.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 116
Supervisor: Dr. Daeng Haliza Binti Daeng Jamal
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3653
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2