Digital Special Collection Portal

Keberkesanan Sistem Penyampaian Maklumat Kepada Pengunjung Di Muzium Sungai Lembing


Citation

Azman, Nur Athirah Zahirah (2022) Keberkesanan Sistem Penyampaian Maklumat Kepada Pengunjung Di Muzium Sungai Lembing. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Muzium Sungai Lembing terletak di Kuantan, Pahang dikenali sebagai muzium yang menyimpan serta mempamerkan koleksi sejarah zaman perlombongan di Sungai Lembing. Sejajar dengan perubahan arus semasa, teknologi multimedia dilihat mampu
membantu institusi permuziuman dalam menyampaikan maklumat kepada pengunjung. ermasalahan yang timbul dalam kajian ini antaranya ialah isu pameran di Muzium Sungai Lembing yang kurang menarik. Selain itu, mentaliti masyarakat yang
menganggap muzium hanya merupakan tempat penyimpanan barangan lama serta isu penularan wabak Covid 19 di Malaysia sehinggakan institusi permuziuman turut menerima impak yang negatif dan jika hal ini berlarutan maka institusi permuziuman semakin akan semakin dilupakan oleh orang ramai.Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti konsep pameran yang dilakukan oleh pihak Muzium Sungai Lembing. Kedua ialah untuk mengenalpasti jenis-jenis teknologi multimedia yang digunakan di institusi permuziuman yang diiktiraf oleh International Council of Museum ( ICOM). Ketiga ialah untuk mengkaji pandangan masyarakat terhadap teknologi multimedia di Muzium Sungai Lembing. Metodologi bagi kajian ini ialah kaedah campuran kualitatif dan kuantitatif. 8 orang informan telah ditemubual dan 100 responden bagi soalselidik. Hasil kajian, teknologi multimedia membantu memberi kefahaman kepada pengunjung dengan peratusan 98% dan 88.8% daripada golongan berumur 17 hingga 26 tahun. Kajian komprehensif tentang multimedia dalam permuziuman perlu dijalankan.
Kata Kunci: Keberkesanan, Sistem Penyampaian Maklumat, Muzium,Muzium Sungai Lembing.

Download File / URL

[thumbnail of C18A0601 NUR ATHIRAH ZAHIRAH BINTI AZMAN .pdf] Text
C18A0601 NUR ATHIRAH ZAHIRAH BINTI AZMAN .pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 86
Supervisor: Ts. Dr. Mukhtaruddin Bin Musa
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3652
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2