Digital Special Collection Portal

Potensi Pulau Tuba, Langkawi Sebagai Produk Pelancingan Warisan


Citation

Abduk Rashid, Nurul Syuhadah (2022) Potensi Pulau Tuba, Langkawi Sebagai Produk Pelancingan Warisan. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Industri pelancongan negara Malaysia telah berkembang pesat sejak hampir 3 dekad
yang lalu. Pada peringkat awal, perkembangan pelancongan bermula dengan zon
pinggiran pantai yang telah menjadi daya tarikan utama industri pelancongan negara.
Walaupun pada zaman sekarang banyak destinasi pelancongan lain yang pelbagai telah
dibangunkan, kawasan pinggir pantai tetap menjadi tumpuan bukan hanya oleh
pelancong dari luar negara, tetapi pelancong dosmetik juga. Oleh hal yang demikian,
kemajuan industry ini serta kepentingannya dalam menjana ekonomi masyarakat
setempat, pengusaha dan negara namum impaknya negatifnya terhadap zon pantai juga
sedang meningkat. Hal ini kerana, zon pinggir pantai adalah satu zon bukan hanya
paling dinamik tetapi juga rapuh. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti
sejarah dan perkembangan Pulau Tuba, mengkaji potensi Pulau Tuba sebagai salah satu
produk pelancongan warisan dan membincangkan strategi dan usaha mempromosikan
Pulau Tuba kepada masyarakat luar. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah
kualitatif yang melibatkan kaedah temubual dan kajian kepustakaan. Hasil daripada
penelitian terhadap potensi Pulau Tuba sebagai produk pelancongan warisan ini
mendapati masih terdapat warisan yang dikekalkan dan menjadi tempat pelancongan
buat pengunjung. Selain itu, pengkaji dapat mengetahui tentang warisan alam
semulajadi yang maish dipelihara oleh penduduk setempat dan pihak berkepentingan
supaya boleh dijadikan sebagai sektor pelancongan dan usaha yang telah dijalankan
oleh masyarakat setempat dan pihak kerajaan dalam mempromosikan Pulau Tuba.
Kata kunci: pelancongan warisan, tapak warisan, masyarakat

Download File / URL

[thumbnail of NURUL SYUHADAH BINTI ABDUL RASHID (C18A0625).pdf] Text
NURUL SYUHADAH BINTI ABDUL RASHID (C18A0625).pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 74
Supervisor: Dr. Norazlinda Bt. Mohamed Rosdi
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3641
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2