Digital Special Collection Portal

Interpretasi Padi Dalam Kehidupan Masyarakat Melayu Melalui Teks Pantun Pak Nazel 101 Perkara


Citation

Abd Hamid, Fathin Izzati (2022) Interpretasi Padi Dalam Kehidupan Masyarakat Melayu Melalui Teks Pantun Pak Nazel 101 Perkara. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Pantun adalah genre kesusasteraan tradisional Melayu yang berkembang di seluruh dunia khususnya di Nusantara sejak ratusan tahun dahulu. Makalah ini meneliti unsur alam iaitu padi sebagai salah satu tanda yang banyak dipindahkan dalam pantun. Padi dipilih kerana ia merupakan sumber ekonomi dan juga sumber utama makanan masyarakat Melayu. Unsur tersirat di sebalik tanda-tanda pada padi dihurai dengan membuat penilaian dan pentafsiran agar dapat lebih difahami. Buku Pantun Pak Nazel 101 Perkara (2012) yang di hasilkan oleh Nazel Hashim Mohamad, terbitan Institut Terjemahan Buku Malaysia digunakan sebagai teks kajian. Kajian terhadap padi kurang dilakukan oleh para sarjana tempatan. Oleh itu, kajian ini mengemukakan dua objektif utama iaitu Mengenal pasti konsep penggunaan padi dalam pantun dan Menghubungkaitkan makna padi dalam budaya dan tradisi masyarakat melayu. Melalui kedua-dua objektif ini, dapat disimpulkan bahawa padi dan kehidupan melayu tidak dapat dipisahkan malah banyak kepentingannya kepada masyarakat melayu. Selain itu, padi yang merupakan makanan utama yang diamalkan daripada masyarakat dahulu dan berkekal sehingga kini dapat disamakan dengan pantun yang merupakan sastera lisan masyarakat dahulu dan masih relevan sehingga ke hari ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menganalisis kandungan teks Pantun Pak Nazel 101 Perkara. Melalui kajian ini, pengkaji mengemukakan beberapa cadangan kepada para sarjana untuk mengangkat kajian terhadap unsur alam iaitu padi dan memperbanyakkan kajian ke atas teori puitika sastera melayu. Seterusnya cadangan kepada masyarakat bagi menggalakkan masyarakat menggunakan pantun dalam pertuturan harian.

Download File / URL

[thumbnail of FATHIN IZZATI BINTI ABD HAMID (C18A0061).pdf] Text
FATHIN IZZATI BINTI ABD HAMID (C18A0061).pdf - Published Version

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 81
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3638
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2