Digital Special Collection Portal

Pelestarian Tarian Daling-Daling Sebagai Warisan Tidak Ketara Suku Kaum Suluk


Citation

Joel (2022) Pelestarian Tarian Daling-Daling Sebagai Warisan Tidak Ketara Suku Kaum Suluk. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kajian ini bertujuan meneroka cara tarian Daling-Daling dipersembahkan, Mengkaji perbezaan di antara tarian Daling-Daling dengan tarian Igal-Igal dan cara untuk mengekalkan tarian Daling-Daling agar terus terpelihara. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kuantitatif dan kualitatif iaitu soal selidik dan temu bual. Pelestarian Tarian Daling-Daling ditinjau dengan menggunakan Teori Seni tari. Hasil dapatan kajian melalui soal selidik yang dianalisis menunjukkan responden didapati majoriti sangat setuju bahawa Tarian Daling-Daling merupakan tarian tradisional suku kaum Suluk dan Tarian Igal-Igal merupakan tarian tradisional Suku kaum Bajau. Cara untuk mengekalkan tarian Daling-Daling majoriti responden sangat setuju mengadakan program atau pertandingan tarian Daling-Daling merupakan cara terbaik dalam mengekalkan Tarian Daling-Daling suku kaum Suluk. Hasil kajian temubual mendapati responden dapat menjawab dengan baik berkaitan dengan cara tarian Daling-Daling dipersembahkan. Oleh itu, Perkara ini perlu dilihat agar kajian kali ini dapat memberikan satu maklumat yang baharu kepada semua masyarakat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan tarian Daling-Daling.

Download File / URL

[thumbnail of JOEL C18A0084.pdf] Text
JOEL C18A0084.pdf - Published Version

Download (7MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2022
Number of Pages: 89
Supervisor: Dr Norazlinda Bt Mohamed Rosdi
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3637
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2