Digital Special Collection Portal

Prospek pelaksanaan dan halangan kanun jenayah syariah II (1993) 2015 Kelantan


Citation

Anuar Al Sadat Haji Noor (2025) Prospek pelaksanaan dan halangan kanun jenayah syariah II (1993) 2015 Kelantan. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kanun Jenayah Syariah II (KJS II) (1993) 2015 merupakan satu enakmen untuk mewujudkan peruntukan bagi kesalahan Jenayah Syariah Hudud, Qisas dan Takzir serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Undang-undang ini diperbuat oleh Badan Perundangan Negeri Kelantan. Tindakan Kerajaan Negeri Kelantan meluluskan KJS II (1993) 2015 bertujuan untuk dilaksanakan di negeri Kelantan sebagai memenuhi tuntutan Syariat Islam. Walau bagaimanapun usaha ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dan tindakan daripada pihak Kerajaan Persekutuan, badan-badan perundangan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sama ada muslim atau bukan muslim. Pelbagai alasan dinyatakan berdasarkan hujah tersendiri sama ada berteraskan perlembagaan, suasana masyarakat, logik akal, suasana iklim dunia kini dan lain-lain. Rentetan daripada itu timbul konflik berpanjangan sehingga kini tanpa ada titik noktah dan penyelesaian. Justeru, kajian ini bertujuan mencari jalan penyelesaian terutamanya terhadap Kerajaan Negeri Kelantan dan pihak berkuasa yang berkaitan dengan aspek kebolehlaksanaan menurut Perlembagaan Malaysia (Persekutuan dan Negeri). Kajian ini turut menganalisis kemampuan Kerajaan Negeri melibatkan agensi-agensi pelaksana seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK), Mahkamah Syariah Kelantan, Jabatan Penjara Malaysia dan lain-lain. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan melaksanakan pendekatan kajian fenomena setempat. Manakala kaedah utama pengumpulan data ialah melalui temu bual mendalam, kajian dokumen dan pemerhatian. Temu bual mendalam dijalankan terhadap 32 informan yang terlibat secara langsung dalam mengkaji, menggubal, melaksanakan dan menguatkuasakan KJS II (1993) 2015 di semua peringkat sama ada negeri atau Persekutuan. Hasil kajian menunjukan pihak Kerajaan Negeri Kelantan khususnya, menghadapi kekangan besar dalam aspek perundangan dan juga prasarana untuk melaksanakan KJS II (1993) 2015. Pelaksanaannya berdasarkan kerangka perundangan negara yang memerlukan kerjasama semua pihak di peringkat persekutuan dan negeri unuk direalisasikan. Kerajaan negeri juga perlu memainkan peranan yang lebih aktif untuk memastikan kemampuan untuk melaksanakan kanun ini dipersiapkan dalam semua aspek. Kajian ini mengemukakan dapatan dan cadangan yang jelas mengenai isu kebolehlaksanaan dalam kerangka perundangan negara pada hari ini dalam usaha pihak kerajaan negeri melaksanakan KJS II (1993) 2015.

Download File / URL

[thumbnail of ANUAR AL SADAT BIN HAJI NOOR.pdf] Text
ANUAR AL SADAT BIN HAJI NOOR.pdf
Available under License Creative Commons Attribution Non-commercial No Derivatives.

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2025
Number of Pages: 274
Research Type: Qualitative
Supervisor: Prof. Madya Dr. Mohd Zain Mubarak
Programme: Doctor of Philosophy
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/18214
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2