Citation
Arham Abdullah (2026) Lentera Hikmah Naib Canselor #66: Ibadah korban dan erti pengorbanan. [Corporate Memory] |
Abstract
IBADAH KORBAN DAN ERTI PENGORBANAN Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam UMK4U, 1 Hati 1 Jiwa. Warga UMK sekalian, Aidiladha mengingatkan kita kepada kisah Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. yang menjadi simbol ketaatan, keikhlasan dan kesediaan berkorban demi melaksanakan perintah Allah SWT dengan penuh keyakinan dan ketakwaan. Ibadah korban bukan hanya ritual menyembelih haiwan, tetapi mengajar kita bahawa setiap pengorbanan yang dilakukan dengan ikhlas mempunyai nilai yang besar di sisi Allah SWT. Allah SWT berfirman: “Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu.” - Surah Al-Hajj: 37 Berkorban untuk memberikan yang terbaik bukanlah suatu kerugian, sebaliknya merupakan manifestasi tanggungjawab, dedikasi dan keikhlasan dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan selain simbol ketakwaan kepada Allah. Begitu juga di UMK. Setiap pencapaian universiti lahir daripada usaha dan pengorbanan ramai pihak yang bekerja di belakang tabir, menyumbang mengikut peranan masing-masing demi kemajuan universiti, pelajar dan masyarakat. Semoga Aidiladha ini mengingatkan kita bahawa kemajuan tidak datang tanpa pengorbanan dan ianya mempunyai nilainya yang tersendiri. Ikhlas, |
Download File / URL
|
Additional Metadata
| Item Type: | Corporate Memory |
|---|---|
| Collection Type: | Naib Canselor |
| Date: | 2 June 2026 |
| Subject Heading: | Communication |
| Subject Heading: | Top management |
| Subject Heading: | Reflections |
| Subject Heading: | Vice Chancellor |
| Institution: | Universiti Malaysia Kelantan |
| URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/18207 |
| Statistic Details: | View Download Statistic |
